Sunday, June 19, 2011

Jalan2 kat Melaka....Part 2


Sambungan dari entry sebelum ni la pulak.

Lepas balik dari makan kat Pengkalan Balak, terus ke Cowboy Town, sebab malam sebelum tu nampak dan dengar ada bunga api, tapi x dapat tengok dengan jelas dari kondo tu nak turun pun dah x sempat, tercari2 la Ijlal dengan Qoid.

Kesian pulak tengok dia orang tu. Last2 malam ni dapat pulak masuk Cowboy Town walaupun dah kira hujung2 dah tu sebab masuk2 pun dia orang dah start pride dah tapi dapat juga la budak2 ni tengok. Lepas habis pride tu ada pulak pertunjukan bunga api, nasib baik dapat juga Ijlal, Qoid dan Iman tengok depan mata persembahan bunga api tu. Tengok muka dia orang yang excited tu pun seronok sangat.

Kambing pun masuk dalam berbarisan ni, mcm2 la.

Gajah kira OK la juga.

OK la untuk Ijlal dengan Qoid, walaupun Semut Qoid nampak mcm takut2 juga.

Nasib baik kameraman x terbakar jek.

Bunga Api yang terlepas pada malam pertama tu.

Hari ke-3 sudah tiba masanya nak balik kerumah selepas 2 hari kat melaka. Dari hari ahad petang sampai hari Selasa ni. Hari last breakfast kat A'Famosa ni. Kebetulan Green view punya tempat penuh, jadi breakfast tempat mahal sikit la, mahal apa jek, cuma makanan byk sket, walupun banyak tapi itu2 jek la. Tapi macam mana pun tempatnya nampak eksklusif sikit la dari yang Green View tu, Green View tu nampak sgt untuk orang yang low budget macam aku ni...hehehehehe.

Semut Qoid jek la yang x makannya.

Lepas sarapan terus check out dan bertolak ke Air Keroh melaka, saja bawak budak2 ni gi zoo melaka la pulak sebab dengarnya taska si Semut Qoid nak buat rombongan ke Melaka 27hb ni, dah memang x boleh dah rasanya nak gi, bukan sebab kewangan tapi sebab x de sapa yang nak ikut so Semut Qoid tu, maknya si Dinie pun katanya x pergi, jadi x de sapa2 yang nak teman. Jadi disebabkan itula bawak dulu budak2 ni tengok Zoo macam mana. Seronok jek tengok budak2 ni tengok binatang kat Zoo, si Semut Qoid nak cari harimau pulak.

Si Ijlal di Zoo Melaka, membaca keterangan, ok along baca kuat2.

4 beranak.


Masih 4 beranak, tapi si Iman tak nampak.

Harimau si Semut Qoid.

A'Famosa Resort Melaka, adakah akan kembali lagi, InsyaALLAH.

Lepas dari Zoo Melaka, masing2 dah penat terus la balik, singgah di Hentian Alor Gajah untuk menikmati makan tengah hari dan kemudian terus balik. On the way balik singgah kat Felda Kepis dulu. Bagi la sikit2 buah tangan kat orang Kepis dulu sebelum terus balik ke Keratong.

Sungguh meletihkan tetapi begitu menyeronokkan, habiskan masa dengan keluarga. Tanpa ada orang lain yang terlibat kali ini. Lepas ni tak tau la nak gi mana, ada dah plan sebenarnya dalam kepala ni nak gi mana, tapi bagi surprise sikit. Nak bagi surprise tu yang ada masalah sikit, sebab sekarang my wife ada kena belajar pulak pada hari sabtu. Dia ikut program PPG selama 4 tahun, kelas setiap sabtu, tapi tengok la nanti, boleh je jalan2 cuma x boleh lama2 yang macam dalam kepala ni.

1 comment:

love is forever said...

wah seronoknya melihat mereka wah cayalah dah ade up date rupernya TAHNIAH!