Setelah seminggu sahaja bercuti baru2 ni, balik dari rig 3 hb pastu 10 hb dah kena ada kat rig semula. Terpaksa la mcm ni sebab plan nak coti awal bulan 7 ni, lepas tu dengan company x cukup orang nak ganti2 ni, terpaksa la buat mcm ni, seminggu jek cuti, nasib baik la naik pun 2 minggu jek.
View dari Condo di A'Famosa
Seminggu cuti, alhamdulillah dapat berjalan juga satu keluarga. Dapat bawak anak bini gi ke melaka, 3 hari 2 mlm, stay kat A'Famosa resort. Seronok tengok Ijlal, Qoid dan Iman bergembira main air kat sana. Mak dan bapak dia pun ok la juga kira seronok juga la, seronok bila tengok yang 3 orang tu gembira, paling x takut main air si Iman tu la.
Si Qoid denagn Along, kat lantai coklat tu je la yang Qoid
mainnya, penakut rupanya yang no. 2 ni tapi jiwa ganas.
Si along Ijlal dengan Iman, Qoid tak pergi kat tempat Iman ni.
Paling seronok si Ijlal la, macam2 dia dapat buat dan main kat sini, dengan main go-kartnya la, naik la kuda padi pun jadik la. Si Qoid memula bukan main semangat tapi bila dia tengok along dia yang nak bawak go-kart tu terus x nak naik. Agaknya dia x confident dengan along dia jadi driver go-kart tu agaknya. Sian si Qoid last2 naik la g0-kart yg x bergerak dengan si Iman jek.
Along Ijlal la yg untungnya, semua dia rasa.
Qoid dgn Iman naik la yang x bergerak ni.
Hari Kedua kat sana pagi main air, petang budak2 ni main la apa2 yang patut, dah habis main gi jalan2 keluar pulak gi bawak tengok pantai kat Tanjung Bidara, lama x pergi sana, last pergi rasanya masa tingkatan berapa tah, masa tu masih kat MRSM Jelebu lagi, sekarang pun dah tukar jadi MRSM Kuala Kelawang dah.... Kat tanjung Bidara x de buat apa2 pun, cuma tunjuk pantai sebab pergi dah petang sangat, yang kacaunya si Iman mengamuk sebab nak mandi laut pulak. Balik dari Tanjung Bidara lalu dekat pasar lambak, sempat la orang rumah beli 2 tudung lagi, sebab satu tudung dah basah bawak main air...hehehehe. Lepas tu makan malam singgah kat medan ikan bakar Pengkalan Balak, ok la, x ada yang special pun kat sini.
Ni la dia menu kat Pengkalan Balak tu, Qoid la paling best order ais kosong tapi minumnya Fresh Oren.
Bersambung...................................
2 comments:
asi kosong satu...hahaha seronok giler best bila lagik dapat pergi sana
mmna ada asi...cuba tgk btl2...:P
Post a Comment