Friday, November 28, 2008

Waktu yang terluang

Apa lagi nak buat ni? Menunggu hari kat rig, menuggu hari nak balik sementara operation menunggu cuaca untuk sedikit tenang jadi boleh la dia oran nak bawa naik 7” liner. Kalau ikut ramalan cuaca, cuaca macam ni akan kekal 1-2 hari lagi dalam hari Ahad baru nak sedikit tenang, untuk membolehkan crane angkat barang apa2 yang patut dari boat untuk bersedia nak drill untuk next section.

Macam ni la cuaca sekarang nih, langit gelap jek, dah sehari dah matahari tak menampakkan diri. Gelap dengan ombak besar dan angina kuat. Biasa la dah musim tengkujuh dah ni, musim orang kawin lak tu.

Rig dengan client menunggu hari untuk melakukan operasi seterusnya, aku pulak menunggu hari untuk balik, insyaALLAH harap2 dapat la balik seperti yang dijadualkan 6hb Dec ni nanti. InsyaALLAH dapat la nak sambut hari raya korban pulak bersama anak-anak dan isteri. Raya puasa baru nih dah sambut sama2 dah, puas hati juga la cuti sampai 7 minggu, ekonomi pun kurang la sikit. Biasa la tu.

Member dengan sorang wellsite ni balik hari nih, Sadagus. Seronok la memasing dapat balik, insyaALLAH aku lagi 6 hari nak balik…..6 hb Dec nanti turn aku pulak, harap2 cuaca pun mula elok la minggu depan.

Sementara menunggu untuk operasi seterusnya kat rig nih, apa lagi nak buat Cuma bermain-main dengan benda baru install ni la, PSe 7(photoshop elements 7). Lagi seronok bermain2 dari guna CS2, tapi tak tau kalau masa mula2 ni je, ye la benda masih baru lagi lakatakan. Ni pun belum habis lagi, belum banyak lagi mengekplorasi benda PSe 7 ni. Boleh la nak ikut tips2 yang ada kat dalam Digital Photographer learning CD tu, sebelum nih banyak yang diguna kena cari satu-satu kat dalam CS2 sebab dia orang dah guna CS3 atau pun Photoshop Elements 7 ni. Jadi sekarang ni boleh terus ikut jek la.

Kalau x ada apa-apa aral melintang lepas ni nak try lak install CS3, orang dah start guna CS4, aku baru nak guna CS3. Mahal beb mana larat nak beli kalau satu dah dekat RM3k, masak la, bukannya cari makan dengan photography pun, lagi satu dah la gambar pun cam apa jek. Setakat gambar amatur kena la banyak guna software untuk menaikkan serinya. Terlebih edit kang lain lak jadinya, dah tak real dah pulak.





Inilah sedikit sebanyak yang dibuat bila ada masa2 terluang ni. Antara beberapa screen capture yang menunjukkan apa yang dibuat dengan gambar yang ada dalam simpanan ni, semua ni dengan Photoshop Elements 7, dah jarang guna dah CS2.

Seronok juga main dengan Photoshop Elements 7 ni, lagi bila ada Quick Selection Tool yang boleh nak buat selection menjadi lebih senang, selama ni kat CS2 Cuma guna Magnetic Lasso tool aje…. Jadi sekarang tengah senang sikit.









Screen capture dalam melakukan pengubahsuaian gamabar untuk dijadikan gambar Infra red, tapi hasil yang terjadi masih lagi tidak memuaskan hati. Jauh dari semua otai2 yang buat editing dan yang pastinya begitu jauh hasilnya jika dibandingkan dengan produk dari kamera yang telah di bedah menjadi kamera infra red yang sebenar dan juga jauh dari jika menggunakan Infra Red filter.... mahal juga lorrr. Setelah bertungkus lumus cuba untuk menyelesaikan gambar IR ni....


Beginilah hasil yang tak seberapanya..masih banyak lagi ruang2 yang diperlukan untuk di perbaiki.

Thursday, November 27, 2008

PSe 7


Photoshop Elements 7.0


Screen capture untuk PSe 7, satu software yang best dan lebih mudah untuk digunakan dan yang penting boleh gantikan CS2 aku yang tak boleh buka RAW file bagi kamera yang aku guna sekarang nih, try gak cari update dia tapi tak dapat2. Agaknya aku yang masih tak tau kat mana nak cari update untuk RAW tu, kalau tengok CS3 ada dah dia punya update untuk RAW file tu. 

Oleh kerana tak guna CS3 dapat guna PSe 7 ni pun dah cukup bagus bagi gologan novis seperti aku ni. Setelah setahun menunggu akhirnya PSe 7 ni akhirnya bertapak juga kat dalam komputer ni. Awal2nya takut juga nanti buatkan komputer nih lembab, tapi pikir-pikir letak jek la.

Satu yang aku suka dia ada preset untuk buat gambar Infra red terus....jadi lebih mempermudahkan untuk mengekplorasi mengedit gambar menjadi gambar infra red, tengah bersemangat nak buat infra red gambar tanpa guna filter ataupun buat operation penuh kat kamera, tak sanggup lagi rasanya nak bedah maut-maut kat kamera. 

Dalam opsyen hitam putih tu ada pilihan yang kita mau, ada infra red ada newspaper ada scenic landscape ada urban/snapshoot dan ada vivid landscape. Jadi sebab dah ada pilihan untuk infra red, ada sikit mudah la walaupun hasilnya tak seberapa kerana perlukan lagi beberapa pengubahsuaian pada layer layer tertentu.

Tak ada la gambar yang sudah di infra redkan kerana rasa-rasanya belum lagi ada gambar yang betul-betul boleh dikatakan infra red dari hasil kerja tangan ini, masih lagi sedang berlatih untuk mendapatkan hasil2 yang dirasakan benar2 boleh dikatakan sebagai infra red. Sekarang ni, kalau tengok gambar yang diedit pun rasanya kepada hitam dan putih jek...

Dan akhir sekali aku suka dekat dia punya preset tuk buat photobook selain dari tool dia yang lebih menarik dari fungsi-fungsi yang terdapat kat CS2 aku yang lama tu.

New begining,

Akhirnya setelah lama menyepikan diri dan membuang beberapa entry yang rasanya tak perlu di ingatkan kembali, kembali jua menulis blog ni...

Untuk entry pertama nih cuma letakkan email yang telah diterima dari editor majalah What Digital Camera UK, alhamdulillah dapat kebenaran. Walaupun email nih dah lama dapat dalam bulan 8 hari tu lagi, masa masih di Turkmenistan dan ia sedikit sebanyak menjadi antara pendorong/pemangkin untuk mewujudkan/menghidupkan kembali apa yang telah diusahakan selama ini. Semua material telah pun siap sedia untuk diletakkan di dalam ini cuma atas sebab-sebab tertentu maka semuanya di tangguhkan dahulu.

Alhamdulillah ketika ini, dengan masa yang ada ini rasanya boleh la meneruskan hajat dan tujuan blog ini di hasilkan seperti ada dalam entry terdahulu tetapi telah dibuang.

Semoga dengan terhasilnya tulisan2 ini akan memberikan sedikit ilmu untuk para pembaca sekelian, segala tulisan ini sekadar untuk berkongsi diantara rakan2 yang mana sama2 berminat dalam bidang yang sama dan juga mungkin komen-komen dari pembaca sekalian sekiranya ada tulisan ini yang tidak betul atau tidak tepat.


Lampiran email dari Nigel Atherton
-------------------------------------------------------------------------------------
Yusnoor Arbaingin kepada nigel_atherton
Tunjuk butiran Ogos 25

Balas

Hello there and good morning.

I've been reading this WDC magazine for over the year and I found that a lots of the articles so useful for the guy like me, who just started to use the DSLR as a hobby and may be going to be one of the source for the side income. Thanks a lot for the such good magazine even I always get the copy late a month then the actual one in the UK, I stayed in Malaysia.

Here I just wanna request from you, may I use your articles or any tips from your magazine to be translate into malay language and put it in my blog, I'm not trying to publish for get any payment, just wanna share with my friends to try some tips from you.

Thanks and regards
Yusnoor
-------------------------------------------------------------------------------------

Nigel Atherton kepada saya
Tunjuk butiran Ogos 26

Balas

Hi Yusnoor,

Thanks for your email. I’m glad you like the magazine. I think it would be fine to translate a few pages or tips from the magazine for your blog, as long as it is not the entire magazine! However, it is on the condition that you give a credit that the material came from What Digital Camera, and provide a link to our website (www.whatdigitalcamera.com). Perhaps you could send me a link to your blog when you’ve done it.

Regards,

Nigel

Nigel Atherton,
Editor

What Digital
Camera
IPC Media,
Blue Fin Building,
110 Southwark St,
London SE1 0SU

Tel: 020 3148 4790

www.whatdigitalcamera.com
www.ipcmedia.com