Friday, November 28, 2008

Waktu yang terluang

Apa lagi nak buat ni? Menunggu hari kat rig, menuggu hari nak balik sementara operation menunggu cuaca untuk sedikit tenang jadi boleh la dia oran nak bawa naik 7” liner. Kalau ikut ramalan cuaca, cuaca macam ni akan kekal 1-2 hari lagi dalam hari Ahad baru nak sedikit tenang, untuk membolehkan crane angkat barang apa2 yang patut dari boat untuk bersedia nak drill untuk next section.

Macam ni la cuaca sekarang nih, langit gelap jek, dah sehari dah matahari tak menampakkan diri. Gelap dengan ombak besar dan angina kuat. Biasa la dah musim tengkujuh dah ni, musim orang kawin lak tu.

Rig dengan client menunggu hari untuk melakukan operasi seterusnya, aku pulak menunggu hari untuk balik, insyaALLAH harap2 dapat la balik seperti yang dijadualkan 6hb Dec ni nanti. InsyaALLAH dapat la nak sambut hari raya korban pulak bersama anak-anak dan isteri. Raya puasa baru nih dah sambut sama2 dah, puas hati juga la cuti sampai 7 minggu, ekonomi pun kurang la sikit. Biasa la tu.

Member dengan sorang wellsite ni balik hari nih, Sadagus. Seronok la memasing dapat balik, insyaALLAH aku lagi 6 hari nak balik…..6 hb Dec nanti turn aku pulak, harap2 cuaca pun mula elok la minggu depan.

Sementara menunggu untuk operasi seterusnya kat rig nih, apa lagi nak buat Cuma bermain-main dengan benda baru install ni la, PSe 7(photoshop elements 7). Lagi seronok bermain2 dari guna CS2, tapi tak tau kalau masa mula2 ni je, ye la benda masih baru lagi lakatakan. Ni pun belum habis lagi, belum banyak lagi mengekplorasi benda PSe 7 ni. Boleh la nak ikut tips2 yang ada kat dalam Digital Photographer learning CD tu, sebelum nih banyak yang diguna kena cari satu-satu kat dalam CS2 sebab dia orang dah guna CS3 atau pun Photoshop Elements 7 ni. Jadi sekarang ni boleh terus ikut jek la.

Kalau x ada apa-apa aral melintang lepas ni nak try lak install CS3, orang dah start guna CS4, aku baru nak guna CS3. Mahal beb mana larat nak beli kalau satu dah dekat RM3k, masak la, bukannya cari makan dengan photography pun, lagi satu dah la gambar pun cam apa jek. Setakat gambar amatur kena la banyak guna software untuk menaikkan serinya. Terlebih edit kang lain lak jadinya, dah tak real dah pulak.





Inilah sedikit sebanyak yang dibuat bila ada masa2 terluang ni. Antara beberapa screen capture yang menunjukkan apa yang dibuat dengan gambar yang ada dalam simpanan ni, semua ni dengan Photoshop Elements 7, dah jarang guna dah CS2.

Seronok juga main dengan Photoshop Elements 7 ni, lagi bila ada Quick Selection Tool yang boleh nak buat selection menjadi lebih senang, selama ni kat CS2 Cuma guna Magnetic Lasso tool aje…. Jadi sekarang tengah senang sikit.









Screen capture dalam melakukan pengubahsuaian gamabar untuk dijadikan gambar Infra red, tapi hasil yang terjadi masih lagi tidak memuaskan hati. Jauh dari semua otai2 yang buat editing dan yang pastinya begitu jauh hasilnya jika dibandingkan dengan produk dari kamera yang telah di bedah menjadi kamera infra red yang sebenar dan juga jauh dari jika menggunakan Infra Red filter.... mahal juga lorrr. Setelah bertungkus lumus cuba untuk menyelesaikan gambar IR ni....


Beginilah hasil yang tak seberapanya..masih banyak lagi ruang2 yang diperlukan untuk di perbaiki.

No comments: