Monday, December 1, 2008

Saiz sensor kamera digital

Sudah beberapa hari ni, cuaca semakin elok tapi aktiviti disini masih lagi terhenti buat seketika kerana ombak masih besar dan boat tidak dapat nak berada dekat dengan rig. Jadi buat masa ni operasi disini masih lagi menunggu cuaca (wait on weather), ada macam tak kena bila alih bahasa, tapi tak apa.

Kali ni cuba untuk mengepos apa yang dah di ambil dari majalah What Digital Camera(WDC) UK. Ini la rancangan awalnya, tapi tak daya juga. Cuma sekadar ingin berkongsi sedikit pengatahuan yang dapat dari apa yang dibeli dengan kawan-kawan yang melawat blog ini.

Saiz sensor kamera digital SLR dan juga kompak PnS, yang ada di pasaran.

Antara beberapa isu yang mengelirukan kita adalah saiz sensor DSLR dengan kompak PnS camera. Sebenarnya ukuran saiz sensor antara DSLR dan kamera kompak PnS diukur dengan dua cara yang berbeza.

Bagi saiz sensor DSLR ukuran yang dibuat adalah mengikut panjang kali tinggi saiz sensor tersebut, jadi bagi sensor full-frame dalam kamera(Canon 5D atau Nikon D3/D700) adalah 36mm(panjang) x 24mm(tinggi). Bagi DSLR four third system saiz sensornya adalah hampir kepada segi empat tepat dengan ukuran 17.3mm(panjang) x 13mm(tinggi). Manakala saiz bagi Foveon X3 adalah 20.7mm x 13.8mm.

Bagi saiz sensor untuk kamera kompak PnS pula, ukuran adalah mengikut teknologi tube video, lebih spesifik lagi ialah diameter luar tube yang memuatkan sensor itu(lebih kurang macam CRT la). Bukan mudah untuk membayangkan ukuran sebenar kamera kompak PnS ini melalui apa yang tertera melaikan kita memang mengingatinya. Kebanyakan saiz bagi kamera kompak adalah 1/2.5in(0.4in).



Dalam kebanyakan kes(hampir kesemuanya), kamera kompak mempunyai saiz sensor 8 - 12 kali lebih kecil dari DSLR jadi ia mempunyai pixel yang lebih kecil. Melaikan kamera Sigma DP-1 yang mempunyai APS-C saiz sensor yang sama dalam entry-level DSLR.














Ini adalah sebahagian dari diagram perbandingan antara saiz-saiz sensor dalam digital kamera SLR professional dan DSLR pengguna biasa, juga termasuk kompak kamera yang biasa iaitu 1/2.5in(0.4in).





Pada mereka2 yang rasa apa yang ditulis ini tidak betul atau kurang betul silalah beri teguran.

Kredit untuk

1 comment:

Anonymous said...

Thanks for drop by ...