22 June 2011, keserabutan melanda Unit 278. Paling kesian dengan member ni la sebab sepatutnya ada orang lain yang tolong dia buat kerja tu, bukan sepenuhnya kerja dia tu. Kerja dia lain sebenarnya, bukan memasak biskut dan buat sambal tu dan juga bukan bawak lori hantu. Kerja-kerja tu sepatutnya ada orang lain yang buat.
Tapi apa boleh buat orang yang sepatutnya buat benda tu lambat sampai, dah dekat2 pukol 12 baru masuk. Lega sikit member tu, kesian gak dia sebab tengok agak kelang kabut buat kerja dia dan kerja orang lain sekali gus. Tak pe encik Joe adalah pekerja yang penuh dedikasi.
Kasihan kat member yang bertungkus lumus sorang2 menjalankan tugas, dah la aku amik gambar je...hehehe. Tempat laptop dia pun lengang jek, x sempat duduk kawan ni.
Betapa serabutnya hasil kerja sahabat yang dah lama x buat kerja ni, tapi macam mana pun 1 juta pujian untuk beliau dan terima kasih kerana melakukan kerja tersebut dengan penuh dedikasi. Macam manapun pukul 12 dia menyerah kalah jua akhirnya setelah 6 jam berhempas pulas.
No comments:
Post a Comment