Friday, July 8, 2011

Jaja dan Not

1, 2 dan 3 Julai 2011.




Majlis pernikahan dan kenduri perkahwinan pasangan Nurul Norzakiah(Jaja) dan pasangannya Mohd Norfadzly di Felda Keratong 2 dan Keratong 3.



Tahniah untuk Jaja(lebih dikenali dengan panggilan Mak Yang bagi anak2 buah dan juga keluarga), selasai sudah majlis walimatulurus dan semuanya berjalan dengan lancar, alhamdulillah. Tahniah juga untuk pak mertua(Mohd Nasir a.k.a Pak Long Atan) dengan pertambahan menantu lelaki yang ke-4. Kali ini pemecahan tradisi telah dilakukan oleh Mak Yang sebab sebelum ini, 4 orang menantu Pak Long semuanya orang banjar, habis sapu bersih sampai 4 orang, akhirnya yang kelima ini Pak Long dapat pula menantu asal orang kedah tapi dah berpindah ke Felda Kearatong 3. Tetapi yang pastinya semua menantunya adalah anak2 peneroka felda, 4 orang felda yang berdekatan cuma aku jek dari felda berlainan negeri, tak jauh mana pun cuma dari Negeri Sembilan itu pun dekat dengan Bahau, cuma 50 minit jek dari Keratong 2. Menantu-menantu yang lain dari Keratong 4, Keratong 5, Keratong 3 dan Selancar 2.



1 haribulan Julai, majlis pernikahan berlangsung di Masjid Keratong 2. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Tahniah untuk Mak Yang dan selamat datang kedalam keluarga Pak Long kepada Not.

2 haribulan Julai majlis kenduri kat rumah Keratong 2, meriah sungguh. Tapi tak berapa seronok sebab Hadfina tak ade, tak berapa seronok sangat rasanya. Pagi2 hantar dia ke Melaka, ada kelas, first kelas pulak tu, tak boleh la nak ponteng. Nasib baik anak2 ada juga yang tolong jagakan, sebab ada kerja amik gambar Mak Yang. Gi Melaka dengan Qoid yang menemani. Kesian Qoid, pergi dan balik tido kat belakang.

3 haribulan Julai majlis kat rumah sebelah pengantin lelaki, kali ni wife dah ada, tapi kurang la sikit seronoknya sebab bukan majlis kat rumah sendiri. Apa2 pun seronok la juga sebab ada wife sendiri. Perjalanan ke rumah lelaki, pengantin naik Vespa. Cool juga la.



2 comments:

love is forever said...

hehehe tulisan sebijik tulisan banjar 'selasai'...apa pun terbaik bro panjang jugak penceritaannya.

crockfina said...

banjar sangat la ya?