Matahari, kisah si Mata-Hari. Mengikut Wikipedia, asalnya orang belanda(Margaretha Geertruida "Grietje" Zelle) dan berkahwin dengan Kapten tentera kolinial Belanda(Rudolf MacLeod) dan berhijrah ke Tanah Jawa selepas itu. Di sana beliau mendekati dan mendalami adat resam dan budaya tempatan dan menyertai pasukan tarian tradisional di sana dengan menggunakan nama Mata-Hari. Katanya beliau adalah seorang perisik double agent untuk Perancis dan German ketika perang dunia pertama, beliau telah di tangkap di Perancis pada 13 Januari 1917 dan dijatuhkan hukuman tembak sampai mati kerana di dakwa menjadi perisik kepada German. Bersalah atau tidak aku tak tahu, itu urusan mereka...hehehehe.
Itu kisah si Mata-Hari si penari exotic, menari dengan pakaian yang mengprovoke setiap lelaki. Tapi kat sini bukan nak cerita pasal dia pun, cuma sikit2 cuba bagi intro la pasal si popular Mata-Hari ni.
Matahari senja dari Bumi A platform, pada 29 May 2011.
Entry kali ni nak berkongsi tentang matahari sebenar. Betapa indahnya matahari ciptaan yang maha kuasa ALLAH. Walaupun ketika tengahari, ketika ia tegak di umbun2 kepala kita. Betapa banyak dari kita mengeluh betapa panasnya matahari ketika itu, berapa banyak dari kita yang mengeluh dan mencari sesuatu untuk menyejukkan badan. Terfikirkah kita pada mereka2 yang mengarapkan sinarnya matahari di setiap kehidupan mereka. Berapa banyakkah dari kita yang mampu tetap bersyukur betapa metahari masih tetap menyinar setiap hari.
Matahari Senja dari Bumi A platform, pada 17 Julai 2011.
Alangkah indahnya ciptaan ALLAH yang satu ini, ketika menghampiri penghujungnya hari, ketika siang mula berlabuh dan ketika malam mula menampakkan dirinya. Ketika inilah manusia mula menyedari betapa indahnya matahari, dengan cahaya yang begitu mempersonakan kita, Subhanallah, begitu besar dan indah sebenarnya ciptaanNYA ini, Bila berada di tengah laut ni, begitu seronok memerhatikan matahari waktu terbenam ni, indahnya ciptaan ALLAH.
1 comment:
bukan mata-air yer..:P
Post a Comment