Tiada apa yang hendak ditulis disini, hanya ingin berkongsi cerita2 tentang semut, cerita tentang semut di zaman nabi Sulaiman A.S.
Iman Seekor Semut
Pada zaman Nabi Allah Sulaiman AS, berlaku satu peristiwa apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut, " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?"
Semut pun menjawab, "Rezeki di tangan Allah, aku percaya rezeki di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku."
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya, " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan."
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan, "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong."
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, diangkatnya semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian diambilnya gandum sebiji, dibubuh ke dalam bekas dan ditutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman meninggalkan semut itu di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Setelah cukup satu bulan, Nabi Allah Sulaiman melihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut itu, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah sahaja."
Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa."Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya, " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan."
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan, "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong."
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, diangkatnya semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian diambilnya gandum sebiji, dibubuh ke dalam bekas dan ditutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman meninggalkan semut itu di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Setelah cukup satu bulan, Nabi Allah Sulaiman melihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut itu, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah sahaja."
DOA SEMUT….
Syeikh Shaduq dalam kitab Man La Yahdhuruhul Faqih,meriwayatkan: “Pada zaman Nabi Sulaiman Alaihissalam, terjadi kekeringan sepangjang tahun. Umat memohon kepada beliau agar berdoa meminta hujan
kepada Allah SWT.
Nabi Sulaiman Alaihissalam dan pengikutnya keluar dari kota. Pergi menuju tempat yang sesuai untuk sama-sama memohonkan hujan kepada Allah.
Di tengah perjalanan yang mereka lalui, pandangan Nabi Sulaiman Alaihissalam tertuju kepada seekor semut.
Beliau menyaksikan semut itu mengangkat kedua tangannya ke langit berdoa, “Ya ALLAH, kami juga makhluk-Mu dan memerlukan rezeki-Mu, janganlah Engaku binasakan kami kerana dosa anak-anak dan cucu Adam.”
Nabi Sulaiman Alaihissalam menjeling ke arah para pengikutnya dan berkata, “Kembalilah, kamu pun tak lama akan memperoleh air.” Pada tahun itu, hujan turun lebih dari tahun-tahunnya.
Dari kisah ini,dapat berkongsi bahawa ,kita mesti yakin dengan doa kita dan berusaha terlebih dahulu. Jika dikaitkan dengan masa sekarang, berdoalah kepada ALLAH dengan penuh yakin bagi memperoleh kejayaan, kesihatan, kebahagiaan, keampunan dan ketenteraman..belajarlah ke arah kebaikan, tinggi darjatnya dan elok kiranya kita memperkuatkannya dengan amalan doa harian kita..
1 comment:
i like
Post a Comment