Saturday, November 12, 2011

Oh Kerusi Ku, Oh My Chair, Oh My Kryetar

Adoi laa..... Macam mana nak kerja dengan selesa macam ni, tengok la keadaan kerusi yang semakin uzur ni. Apa la yang dia orang akan rasa agaknya bila kerja duduk kat kerusi ni selama dekat-dekat 12 jam. Ini yang kerja 8 jam sehari pun nak kerusi sedap-sedap, kenapa yang kami kerja 12 jam ni cuma dapat kerusi macam ni? Kerja dah best, dalam bidang yang antara bayaran tertinggi juga la, kontrak biasanya makan jota2, tapi yang kerja kat field ni, macam ni jek la layanannya.

Sebelum ni, setahun yang lepas ada gak orang dari office berjanji nak tukar semua kerusi2 lama dengan yang baru, tapi biasa la janji melayu. Janji hanya tinggal janji.

 Dua bjij kerusi yang sudah sepatutnya di humban kelaut buat tukun tiruan, boleh juga jadikan tempat ikan membiak. Ada gak untung tuk nelayan.


Mudlogger hanya merenung jauh nasib kerusinya yang entah bila akan di ganti dan entah sampai bila beliau harus duduk dan menggunakannya.

Saturday, November 5, 2011

Member Yang Rajin

Sudah separuh perjalanan well SYA-20/19 Loc I ni, alhamdulillah dapat sahabat yang rajin untuk mengupdate FWR. Terima kasih la untuk Mr Huzai, yang kat dalam gamabr ni la. Tidak lupa juga dengan 2 orang lagi mud logger yang haru biru tu, Mr Meja dengan pelakun Sam.

Gambar ni jadi bukti bahawa kerajinan Mr Huzai buat kerja, tapi apa-apa pun semuanya boleh di persoalkan juga lagi...hehehehe, jangan marah ya Mr Huzai. Jangan serik kerja dengan aku.

Photo yang telah diedit menggunakan applikasi MoreLomo dengan Old Photo Pro. Ini la kerjanya bila orang lain sibuk-sibuk buat dan update report, aku cuma main Iphone Application jek la. 


Mr Huzai dengan menggunakan application Leme Cam, lens KIR Royal dan film Leme RH400.

Friday, November 4, 2011

Menjelang Aidiladha.

Hari ni dah Sabtu, 5 hb 11, lagi satu hari nak sambut Hari Raya Qurban (Aidiladha). Mentari pagi, hari ni cukup cerah tidak seperti semalam ada mendungnya sedikit. Hari ni cuaca gembira tuk menyambut hari mulia umat Islam esok. Tapi ada mereka2 yang masih berduka dan mendung. Terutamanya yang masih di perantauan, yang masih berkerja jauh di tengah laut ni, mencari rezeki demi sesuap nasi yang halal untuk anak dan isteri. 

Dapat tengok mentari pagi seceria ini setiap pagi, sudah dapat menenangkan hati yang gundah buat seketika. Begitu besar nikmat yang ALLAH berikan pada hambanya, syukur alhamdulillah, dengan melihat kebesaran Ilahi ini, dapat sedikti sebanyak memberikan ketenangan buat jiwa ini.

Buat keluarga di rumah, untuk isteri dan anak2 yang comel dan manja, tabahkan hati, diri kalian semua sentiasa dihati dan dalam doa ini. Untuk ayah dan ibu, terima kasih buat kalian berdua kerna kalian berdua membolehkan anak mu ini menikmati nikmat yang di berikanNYA dan bersyukur kepadaNYA. 


Nikon 1 V1, next in que to be in my hand?

Nikon 1 V1 Mirrorless Digital Camera. Well, aware that many shooters want versatility without the bulk and weight of a DSLR, interchangeable lens digital camera. 10.1Mp photos can be shot and 1080/60i HD video can be captured.

At its heart the V1 has a 13.2 x 8.8 CMOS sensor which uses Nikon's CX image sensor format. The 10-30mm lens, along with the other compatible 1 NIKKOR lenses mount to the camera's Nikon 1 mount.
The V1 captures stills in JPEG and RAW and video in the MOV format, with H.264/MPEG-4 compression. Choices for enhancing both capture modes include adding the optional external ME-1 stereo microphone and using the optional SB-N5 Speedlight in the i-TTL hot shoe.

Integrated tools include a 3.0" LCD display and a 100% view electronic viewfinder, with diopter adjustments. Command and features buttons also work to ensure user-friendliness. Internally, the impressive Advanced hybrid AF delivers 10 frames-per-second capture in autofocus mode and 60fps in manual mode, ensuring a clear shot of moving targets. Whether it's ponies galloping in the surf or an active toddler, Nikon has gone to great lengths to ensure the moment will be captured with clarity. Making this possible is a combination of contrast and focal plane phase detect autofocus, with an incredible 73 point AF array.

Another highlight, Motion Snapshot, captures a succession of images with a just one click. Low light capabilities with a wide ISO range of 100-3200 and 6400, and Smart Photo Selector, which lets the camera handle the settings, also expand the creative possibilities of the V1. With these features, a lightweight and compact body, and interchangeable lenses, the possibilities are endless.




            1 NIKKOR Lenses: Compact, Light, High Performance Optics
Express quality with the revolutionary new 1 NIKKOR lens system. Don't be limited by a single fixed focal length-select from a growing selection of lenses that incorporate Nikon's vibration reduction (VR II) technology for blur-free images. Aspherical elements keep lenses compact while maintaining high quality. A silent stepping motor (STM) keeps autofocusing quiet - especially during movie recording. Compactness brings portability, whether using the optional single focal length 10mm or the optional 30-110mm telephoto. 1 NIKKOR extends a heritage of precision symbolized by durability, superior image quality and optical excellence




Tuesday, October 11, 2011

Melaka, 9 Oct.

Bukan nak promosi, cuma saja berkongsi gambar di dalam kedai kamera di Mahkota Parade. Entah apa nama kedai gamabr tu pun x tau. 

Sunday, October 2, 2011

It's back.

Monday, 3rd Oct 2011 around 10 am in the morning. Look at the cloud over South China Sea. The cloud getting heavier and darker day by day. Forecast said it getting worst next couple of days. The wind speed also getting faster day by day.

The only thing, I hope it will be getting batter by Friday. My crew change on that day, so I hope will not going to CKA Platform by boat and have crew change there. It's take around 45-50 minutes by boat and not the right time to be in there for a long time unless want to get mabuk free(free drunk). 

Friday, September 30, 2011

Secerah Mentari Pagi

Pagi yang cerah hari ini di Teesix, SYA platform. Setelah dua hari mendung yang menimpa, diaharap cerahnya mentari ini berkekalan sehingga 7 hb Oct ni, hari untuk aku pulang ke rumah, bertemua keluarga.

Dua hari mendung berarak, nak kerja pun mood x berapa elok, mendung dengan karenah Public Bank lagi karenah boss lagi. Terus datang butterfly in the stomach, semalam rasanya yang paling banyaknya rama2, ada kot satu kampung dalam perut ni. Hari ni dah banyak dah mati dan pas kat member yg sebelah ni, hehehehe, nasib baik boleh pas2 ini rama2. Tapi masih ada lagi la seekor dua yang degil x mau keluar ni.

Harap dengan cerahnya mentari pagi ni, semua rama2 ni akan keluar dan boleh menjalani hari2 sebelum balik ni dengan lebih selesa.

Wednesday, September 28, 2011

Bokeh


Public Bank oh Public Bank

Menggong dan sakit hati hari ni, ingat pagi2 ni nak transfer duti ke Maybank dari akaun Public Bank, sebab 1 hb ada SI kat maybank. Semanjak tukar akaun gaji ke Public Bank ni, Maybank punya akaun x de la nak isi banyak2 cukup tuk selesaikan SI je la. Last2 button confirm tu tak boleh nak click pulak, macam disable. Tukar internet browser pun sama juga, tukar pc guna pc lain pun x boleh click. 

Last2 call Public Bank customer service, mana la tau ada problem dengan dia orang punya web ke apa. Perggghh, baik punya jawapan dari dia orang. Bermula minggu ini semua fund transfer even yang ke registered account pun kena guna PAC no, adoiiii la, haru memang haru. Dia kata management dah tukar so system pun ada tukar sikit. Terus jek aku bodohkan management baru dia tu, aku cakap la bukan semua orang berada di tempat yang sentiasa ada line handphone, macam aku ni dah la ada kat tengah laut, bergantung ke line internet dan talipon biasa, dah x boleh dah nak bayar apa2 walaupun credit card aku. Dengan perlahan dia pun cakap, sorry la dia pun tak tau. Aku cakap la sorry kat dia, aku bodohkan management dia tu jek, x fikir benda2 macam tu.

Last2 nasib baik ada wife yang menjadi harapan negara, tolong topup kan akaun Maybank, sebab SI tu 1hb setiap bulan... Terima Kasih Syg..

Macam ni kena minta kat opis masukkan gaji balik kat akaun Maybank, nak terminate terus akaun Public Bank tu. 

Tuesday, September 27, 2011

Laut, Mabuk dan Demam

Bulan September, Laut China Selatan sudah mula menampakkan geloranya. Angin dari arah Barat Daya dah mula menggoncang T6. Goyangnya dah terasa semakin kuat. Lain la masa di T10 yang besar tu, kalau setakat bulan September ni punya ombak dan angin masih x terasa sangat lagi. T6 ni lebih kecil, jauh lebih kecil dari T10, jadi goyangnya lebih terasa.

 Lihat lah suasana laut ketika ini, dengan angin yang agak kuat, kat gambar ni x dapat la nak tengok tiupan angin sekuat mana. Cuacanya pula dengan awan yg tebal dan tiada matahari yang menyinar, tapi hujan x ada la juga. Kadang-kadang sahaja adanya hujan, 3-4 hari lepas hujan malam. Sudah 2 hari ni tiada hujan turun. 

Denagn cuaca dan keadaan laut yang macam ni, ada la juga member-member yang x berapa biasa dengan tender mulai merasa bagaimana mendapat mabuk free. Tapi ini masih kurang lagi di bandingkan ketika sebelum hari raya baru2 ni. Ada juga member yang kata kali ini dia masih boleh bertahan lagi dari mabuk.



Apa-apa pun dengan ada kawan yang mabuk, ada juga kawan kita yang dapat demam. Tapi rasanya kawan kita ni dapat demam sebab dah lama x bertemu si isteri tercinta ni. Baru2 ni turun dari rig lain, balik rumah sehari dah kena datang sini, mana nak sempat bayar bill air, tu yang demam tu. Tak apa la, lagi 3 atau 4 hari dah boleh balik.

Monday, September 26, 2011

2 Sept 2011

Bukan nak promosi, hanya sekadar berkongsi, bukan ada dapat apa2 royalti. Kedai kat depan Petronas jalan Kuala Pilah Seremban, dekat dengan simpang Hospital Kuala Pilah. Makanan ok juga la, sedap dan boleh kalau nak pergi lagi, lebih sedap dari restoran Jemapoh yang aku biasa gi bila orang rumah jemput balik tu. 

Tapi ada satu jek problemya, lambat sikit makanan nak siap, x tau la klu masa tu orang tengah ramai, tapi memang masa tu boleh katakan hampir penuh la juga meja. Kesian kedai yang sebelah tu, x de pun orang masuk.

Monday, September 19, 2011

Tender T6, South China Sea

Tender T6 on location at Syuria A platform. Drilling 4 wells for Carigali-Hess, started first well on July 2011. Next location will be Syuria B platform. Planed rig move on early November. Don't think can make it, since it is monsoonal season for east cost Peninsula Malaysia. If it happen, would be extra off this time.

Wednesday, August 31, 2011

Masjid

Masjid, mosque, moschee, moskee, mosquée, mosk, mecset, mečetė


Tuesday, August 23, 2011

Ulam Raja(The King's Salad)



Ulam Raja, literally meaning "the king's salad", was brought by the Spaniards from Latin America, via the Philippines, to the rest of Southeast Asia. Ulam, a Malay word used to describe a preparation that combines of raw eaten vegitables, medicine and beauty. It is widely popular Malay herbal salad. As a Malaysian delight, it is served throughout the country from major hotels for tourist to buffets or dinners for the locals.

It constitutes as one of the common raw plant leaves eaten a salad like form, called Ulam by Malay. Normally eaten with Malay's Sambal Belacan. When crushed, the leaves emit an odor that is reminiscent of young mango.

It is also considered as a medicinal herbs which is believed to possess the ability to cleanse the blood and strengthen bones due to its high calcium content. 

 Pink Ulam Raja

 Yellow Ulam Raja

 Yellow Ulam Raja

Yellow Ulam Raja.

Saturday, August 20, 2011

Premium Roast Coffee

This is not the McDonald advertisement, just wanna put this photo. 


My Little Photographer

Hafiy Ijlal with his DSLR camera in action. He is my oldest son, 8 years old now. Now he started playing with my D40 entry level DSLR camera and he enjoy taking a picture. 

 In action during his auntie's wedding.

 Another action from him.

One of the photo taken by him, minor post production from me, some level and contrast adjustment using Lightroom 3.

Saturday, August 13, 2011

Friday, August 12, 2011

Bukit Putus

Inilah jalan yang menghubungkan Kuala Pilah dan Seremban, selain jalan bukit putus lama yang berliku-liku. Perjalanan semakin selesa diantara kedua bandar tersebut. Tetapi tunggulah ketika musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi ini. Sebelum hari raya, jalan menuju ke Kuala Pilah akan menjadi sesak dan padat dengan kereta mereka yang ingin berhari raya bersama keluarga.


Selepasa hari raya pula tunggulah bagaimana sesaknya kenderaan menghala ke Seremban semula, bayangkan perjalanan yang cuma mengambil masa 30 minit boleh menjadi 4 jam. Bagi mereka yang tahu jalan lain boleh la menggunakan jalan Simpang Pertang - Jelebu. 


Thursday, August 11, 2011

Berbuka Puasa

Hari ke 11 berpuasa dan hari ke 7 berbuka puasa di T6, hari ni nampak macam ada menu special sikit la. Lauk specialnya cuma ada terubuk bakar cicah air asam dan sapa2 yang nak lain sket ada budu sekali.

Sedang menunggu dengan penuh kesabaran azan maghrib berkumandang untuk berbuka puasa, kat tengah2 tu lauk yang special sket, ikan terubuk bakar dengan kuah asam. Air hari ni x berapa menarik, x ada pulak air cincau hari ni. 

 Pekerja dewan makan(galley) yang telah bertungkus lumus menyediakan juadah berbuka setiap hari, terutamanya jejaka berbaju putih tersebut(abang Mokhtar) sebagai tukang masak utama dalam penyediaan juadah berbuka puasa.

Itu dia siterubuk bakar dengan dibasihi oleh kuah air asam.

Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah yang telah di edit dengan menggunakan Iphone applications. Instagram, More Lomo dan Old Photo pro.

 Gambar Tanpa Edit

 More Lomo

 Old Photo Pro

Instagram, preset Kelvin

Flowers shoot





This photo have been taken long time ago, haven't remember when but couple of years back. Will update with the latest flower shoots later.

Rigging Up

New episode started again, new place have been set up once again. Tough job started once more time at new place, it was tough because we have to rigging up during Ramadhan, have to fasting for the whole day we really miss the syrup rose cordial at the rig floor during this time.

We started rigging up at Suriya A platform after finished the Bumi A platform on 22 July. Arrived on Suriya A platform on 5th August with 2 more friends, Eswadi and Maiza. Nothing much to do for the first day, nobody from third party(service company) allowed to go to the platform, since the barge not in the drilling position yet, still working with the anchors.

Second day start working all out, working like a dog for all day long, still fasting, alhamdulillah. Almost 50% done by end of the day. After breaking fast, continued some more job and finished the shift around 11pm. Third day continued rigging up and by end of the day almost done hook up all the sensor and run the cable, just wait for the unit re-position before hook all the data cable into the DLS box inside the unit.

Thats it, another episode of the Mudlogging job before start the real job on the drilling.

Tuesday, July 19, 2011

Rig Down 19, 20 & 21 July.

Kerja keras pun bermula sudah, nak packing barang2 dan sensor masuk dalam unit dan bergerak ke destinasi seterusnya Platform Suriya A pulak. Nak drill 3 well lagi katanya. Akhirnya ada juga kerja yang mengeluarkan peluh, kalau x setakat bende2 sensor tu x de apa la, sib baik lom puasa lagi...hehehehe.

 Multicore cable yang berselirat lagi kat sebelah unit.


Kat dalam unit yang dah siap sikit dengan barang2.

Saturday, July 16, 2011

Mentari...Matahari bukan Mata-Hari



Matahari, kisah si Mata-Hari. Mengikut Wikipedia, asalnya orang belanda(Margaretha Geertruida "Grietje" Zelle) dan berkahwin dengan Kapten tentera kolinial Belanda(Rudolf MacLeod) dan berhijrah ke Tanah Jawa selepas itu. Di sana beliau mendekati dan mendalami adat resam dan budaya tempatan dan menyertai pasukan tarian tradisional di sana dengan menggunakan nama Mata-Hari. Katanya beliau adalah seorang perisik double agent untuk Perancis dan German ketika perang dunia pertama, beliau telah di tangkap di Perancis pada 13 Januari 1917 dan dijatuhkan hukuman tembak sampai mati kerana di dakwa menjadi perisik kepada German. Bersalah atau tidak aku tak tahu, itu urusan mereka...hehehehe.
Itu kisah si Mata-Hari si penari exotic, menari dengan pakaian yang mengprovoke setiap lelaki. Tapi kat sini bukan nak cerita pasal dia pun, cuma sikit2 cuba bagi intro la pasal si popular Mata-Hari ni.

Matahari senja dari Bumi A platform, pada 29 May 2011.
Entry kali ni nak berkongsi tentang matahari sebenar. Betapa indahnya matahari ciptaan yang maha kuasa ALLAH. Walaupun ketika tengahari, ketika ia tegak di umbun2 kepala kita. Betapa banyak dari kita mengeluh betapa panasnya matahari ketika itu, berapa banyak dari kita yang mengeluh dan mencari sesuatu untuk menyejukkan badan. Terfikirkah kita pada mereka2 yang mengarapkan sinarnya matahari di setiap kehidupan mereka. Berapa banyakkah dari kita yang mampu tetap bersyukur betapa metahari masih tetap menyinar setiap hari.

Matahari Senja dari Bumi A platform, pada 17 Julai 2011.
Alangkah indahnya ciptaan ALLAH yang satu ini, ketika menghampiri penghujungnya hari, ketika siang mula berlabuh dan ketika malam mula menampakkan dirinya. Ketika inilah manusia mula menyedari betapa indahnya matahari, dengan cahaya yang begitu mempersonakan kita, Subhanallah, begitu besar dan indah sebenarnya ciptaanNYA ini, Bila berada di tengah laut ni, begitu seronok memerhatikan matahari waktu terbenam ni, indahnya ciptaan ALLAH.

Wednesday, July 13, 2011

Cerita Tentang Semut


Tiada apa yang hendak ditulis disini, hanya ingin berkongsi cerita2 tentang semut, cerita tentang semut di zaman nabi Sulaiman A.S.


Iman Seekor Semut


Pada zaman Nabi Allah Sulaiman AS, berlaku satu peristiwa apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut, " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?"

Semut pun menjawab, "Rezeki di tangan Allah, aku percaya rezeki di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku."

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya, " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan."

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan, "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong."

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, diangkatnya semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian diambilnya gandum sebiji, dibubuh ke dalam bekas dan ditutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman meninggalkan semut itu di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Setelah cukup satu bulan, Nabi Allah Sulaiman melihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut itu, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah sahaja."
Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa."



DOA SEMUT….

Syeikh Shaduq dalam kitab Man La Yahdhuruhul Faqih,meriwayatkan: “Pada zaman Nabi Sulaiman Alaihissalam, terjadi kekeringan sepangjang tahun. Umat memohon kepada beliau agar berdoa meminta hujan 
kepada Allah SWT.



Nabi Sulaiman Alaihissalam dan pengikutnya keluar dari kota. Pergi menuju tempat yang sesuai untuk sama-sama memohonkan hujan kepada Allah.
Di tengah perjalanan yang mereka lalui, pandangan Nabi Sulaiman Alaihissalam tertuju kepada seekor semut. 

Beliau menyaksikan semut itu mengangkat kedua tangannya ke langit berdoa, “Ya ALLAH, kami juga makhluk-Mu dan memerlukan rezeki-Mu, janganlah Engaku binasakan kami kerana dosa anak-anak dan cucu Adam.”

Nabi Sulaiman Alaihissalam menjeling ke arah para pengikutnya dan berkata, “Kembalilah, kamu pun tak lama akan memperoleh air.” Pada tahun itu, hujan turun lebih dari tahun-tahunnya.

Dari kisah ini,dapat berkongsi bahawa ,kita mesti yakin dengan doa kita dan berusaha terlebih dahulu. Jika dikaitkan dengan masa sekarang, berdoalah kepada ALLAH dengan penuh yakin bagi memperoleh kejayaan, kesihatan, kebahagiaan, keampunan dan ketenteraman..belajarlah ke arah kebaikan, tinggi darjatnya dan elok kiranya kita memperkuatkannya dengan amalan doa harian kita..  

Friday, July 8, 2011

Jaja dan Not

1, 2 dan 3 Julai 2011.




Majlis pernikahan dan kenduri perkahwinan pasangan Nurul Norzakiah(Jaja) dan pasangannya Mohd Norfadzly di Felda Keratong 2 dan Keratong 3.



Tahniah untuk Jaja(lebih dikenali dengan panggilan Mak Yang bagi anak2 buah dan juga keluarga), selasai sudah majlis walimatulurus dan semuanya berjalan dengan lancar, alhamdulillah. Tahniah juga untuk pak mertua(Mohd Nasir a.k.a Pak Long Atan) dengan pertambahan menantu lelaki yang ke-4. Kali ini pemecahan tradisi telah dilakukan oleh Mak Yang sebab sebelum ini, 4 orang menantu Pak Long semuanya orang banjar, habis sapu bersih sampai 4 orang, akhirnya yang kelima ini Pak Long dapat pula menantu asal orang kedah tapi dah berpindah ke Felda Kearatong 3. Tetapi yang pastinya semua menantunya adalah anak2 peneroka felda, 4 orang felda yang berdekatan cuma aku jek dari felda berlainan negeri, tak jauh mana pun cuma dari Negeri Sembilan itu pun dekat dengan Bahau, cuma 50 minit jek dari Keratong 2. Menantu-menantu yang lain dari Keratong 4, Keratong 5, Keratong 3 dan Selancar 2.



1 haribulan Julai, majlis pernikahan berlangsung di Masjid Keratong 2. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Tahniah untuk Mak Yang dan selamat datang kedalam keluarga Pak Long kepada Not.

2 haribulan Julai majlis kenduri kat rumah Keratong 2, meriah sungguh. Tapi tak berapa seronok sebab Hadfina tak ade, tak berapa seronok sangat rasanya. Pagi2 hantar dia ke Melaka, ada kelas, first kelas pulak tu, tak boleh la nak ponteng. Nasib baik anak2 ada juga yang tolong jagakan, sebab ada kerja amik gambar Mak Yang. Gi Melaka dengan Qoid yang menemani. Kesian Qoid, pergi dan balik tido kat belakang.

3 haribulan Julai majlis kat rumah sebelah pengantin lelaki, kali ni wife dah ada, tapi kurang la sikit seronoknya sebab bukan majlis kat rumah sendiri. Apa2 pun seronok la juga sebab ada wife sendiri. Perjalanan ke rumah lelaki, pengantin naik Vespa. Cool juga la.