Bulan September, Laut China Selatan sudah mula menampakkan geloranya. Angin dari arah Barat Daya dah mula menggoncang T6. Goyangnya dah terasa semakin kuat. Lain la masa di T10 yang besar tu, kalau setakat bulan September ni punya ombak dan angin masih x terasa sangat lagi. T6 ni lebih kecil, jauh lebih kecil dari T10, jadi goyangnya lebih terasa.
Lihat lah suasana laut ketika ini, dengan angin yang agak kuat, kat gambar ni x dapat la nak tengok tiupan angin sekuat mana. Cuacanya pula dengan awan yg tebal dan tiada matahari yang menyinar, tapi hujan x ada la juga. Kadang-kadang sahaja adanya hujan, 3-4 hari lepas hujan malam. Sudah 2 hari ni tiada hujan turun.
Denagn cuaca dan keadaan laut yang macam ni, ada la juga member-member yang x berapa biasa dengan tender mulai merasa bagaimana mendapat mabuk free. Tapi ini masih kurang lagi di bandingkan ketika sebelum hari raya baru2 ni. Ada juga member yang kata kali ini dia masih boleh bertahan lagi dari mabuk.
Apa-apa pun dengan ada kawan yang mabuk, ada juga kawan kita yang dapat demam. Tapi rasanya kawan kita ni dapat demam sebab dah lama x bertemu si isteri tercinta ni. Baru2 ni turun dari rig lain, balik rumah sehari dah kena datang sini, mana nak sempat bayar bill air, tu yang demam tu. Tak apa la, lagi 3 atau 4 hari dah boleh balik.
No comments:
Post a Comment