Sunday, June 19, 2011

Honeymoon

Dah start dah completion, masa untuk berbulan madu, tanpa ada workload yang terlebih2, jadi sekarang ni la masa untuk layan movie untuk yang minat tengok wayang tu, tengok kat dalam laptop masing2 jek la ya. Sesudah hampir seminggu aku pulun kerja ni sebab sibuk dengan drilling jadi sekarang la masa nak relax2 pulak sebelum start drilling balik.

Nasib baik ada member ni teman kan dalam unit, x la duduk sorang2.

Nasib baik la kali ni x hantar semua member balik, tak macam last well, habis mudlogger dengan sample cathcer kena hantar balik, tinggal la 2 orang, siang sorang malam sorang. Punya la buhsan jadinya bila kje dalam ni sorang2. Tak ada member nak sembang langsung, kali ni ada la member yang kena kacau dan boleh bawak bersembang sekali. Jadi x de la buhsan sangat kat dalam ni.

Bila dah x ada kerja tu, mula la buat kerja yang melalut.

Ni satu lagi. Bila dah x ada kerja tu, mula la buat kerja yang melalut.

Lappy tempat member layan wayang gambar.

Jalan2 kat Melaka....Part 2


Sambungan dari entry sebelum ni la pulak.

Lepas balik dari makan kat Pengkalan Balak, terus ke Cowboy Town, sebab malam sebelum tu nampak dan dengar ada bunga api, tapi x dapat tengok dengan jelas dari kondo tu nak turun pun dah x sempat, tercari2 la Ijlal dengan Qoid.

Kesian pulak tengok dia orang tu. Last2 malam ni dapat pulak masuk Cowboy Town walaupun dah kira hujung2 dah tu sebab masuk2 pun dia orang dah start pride dah tapi dapat juga la budak2 ni tengok. Lepas habis pride tu ada pulak pertunjukan bunga api, nasib baik dapat juga Ijlal, Qoid dan Iman tengok depan mata persembahan bunga api tu. Tengok muka dia orang yang excited tu pun seronok sangat.

Kambing pun masuk dalam berbarisan ni, mcm2 la.

Gajah kira OK la juga.

OK la untuk Ijlal dengan Qoid, walaupun Semut Qoid nampak mcm takut2 juga.

Nasib baik kameraman x terbakar jek.

Bunga Api yang terlepas pada malam pertama tu.

Hari ke-3 sudah tiba masanya nak balik kerumah selepas 2 hari kat melaka. Dari hari ahad petang sampai hari Selasa ni. Hari last breakfast kat A'Famosa ni. Kebetulan Green view punya tempat penuh, jadi breakfast tempat mahal sikit la, mahal apa jek, cuma makanan byk sket, walupun banyak tapi itu2 jek la. Tapi macam mana pun tempatnya nampak eksklusif sikit la dari yang Green View tu, Green View tu nampak sgt untuk orang yang low budget macam aku ni...hehehehehe.

Semut Qoid jek la yang x makannya.

Lepas sarapan terus check out dan bertolak ke Air Keroh melaka, saja bawak budak2 ni gi zoo melaka la pulak sebab dengarnya taska si Semut Qoid nak buat rombongan ke Melaka 27hb ni, dah memang x boleh dah rasanya nak gi, bukan sebab kewangan tapi sebab x de sapa yang nak ikut so Semut Qoid tu, maknya si Dinie pun katanya x pergi, jadi x de sapa2 yang nak teman. Jadi disebabkan itula bawak dulu budak2 ni tengok Zoo macam mana. Seronok jek tengok budak2 ni tengok binatang kat Zoo, si Semut Qoid nak cari harimau pulak.

Si Ijlal di Zoo Melaka, membaca keterangan, ok along baca kuat2.

4 beranak.


Masih 4 beranak, tapi si Iman tak nampak.

Harimau si Semut Qoid.

A'Famosa Resort Melaka, adakah akan kembali lagi, InsyaALLAH.

Lepas dari Zoo Melaka, masing2 dah penat terus la balik, singgah di Hentian Alor Gajah untuk menikmati makan tengah hari dan kemudian terus balik. On the way balik singgah kat Felda Kepis dulu. Bagi la sikit2 buah tangan kat orang Kepis dulu sebelum terus balik ke Keratong.

Sungguh meletihkan tetapi begitu menyeronokkan, habiskan masa dengan keluarga. Tanpa ada orang lain yang terlibat kali ini. Lepas ni tak tau la nak gi mana, ada dah plan sebenarnya dalam kepala ni nak gi mana, tapi bagi surprise sikit. Nak bagi surprise tu yang ada masalah sikit, sebab sekarang my wife ada kena belajar pulak pada hari sabtu. Dia ikut program PPG selama 4 tahun, kelas setiap sabtu, tapi tengok la nanti, boleh je jalan2 cuma x boleh lama2 yang macam dalam kepala ni.

Thursday, June 16, 2011

Jalan2 kat Melaka.

Setelah seminggu sahaja bercuti baru2 ni, balik dari rig 3 hb pastu 10 hb dah kena ada kat rig semula. Terpaksa la mcm ni sebab plan nak coti awal bulan 7 ni, lepas tu dengan company x cukup orang nak ganti2 ni, terpaksa la buat mcm ni, seminggu jek cuti, nasib baik la naik pun 2 minggu jek.

View dari Condo di A'Famosa

Seminggu cuti, alhamdulillah dapat berjalan juga satu keluarga. Dapat bawak anak bini gi ke melaka, 3 hari 2 mlm, stay kat A'Famosa resort. Seronok tengok Ijlal, Qoid dan Iman bergembira main air kat sana. Mak dan bapak dia pun ok la juga kira seronok juga la, seronok bila tengok yang 3 orang tu gembira, paling x takut main air si Iman tu la.
Si Qoid denagn Along, kat lantai coklat tu je la yang Qoid
mainnya, penakut rupanya yang no. 2 ni tapi jiwa ganas.

Si along Ijlal dengan Iman, Qoid tak pergi kat tempat Iman ni.

Paling seronok si Ijlal la, macam2 dia dapat buat dan main kat sini, dengan main go-kartnya la, naik la kuda padi pun jadik la. Si Qoid memula bukan main semangat tapi bila dia tengok along dia yang nak bawak go-kart tu terus x nak naik. Agaknya dia x confident dengan along dia jadi driver go-kart tu agaknya. Sian si Qoid last2 naik la g0-kart yg x bergerak dengan si Iman jek.
Along Ijlal la yg untungnya, semua dia rasa.
Qoid dgn Iman naik la yang x bergerak ni.

Hari Kedua kat sana pagi main air, petang budak2 ni main la apa2 yang patut, dah habis main gi jalan2 keluar pulak gi bawak tengok pantai kat Tanjung Bidara, lama x pergi sana, last pergi rasanya masa tingkatan berapa tah, masa tu masih kat MRSM Jelebu lagi, sekarang pun dah tukar jadi MRSM Kuala Kelawang dah.... Kat tanjung Bidara x de buat apa2 pun, cuma tunjuk pantai sebab pergi dah petang sangat, yang kacaunya si Iman mengamuk sebab nak mandi laut pulak. Balik dari Tanjung Bidara lalu dekat pasar lambak, sempat la orang rumah beli 2 tudung lagi, sebab satu tudung dah basah bawak main air...hehehehe. Lepas tu makan malam singgah kat medan ikan bakar Pengkalan Balak, ok la, x ada yang special pun kat sini.

Ni la dia menu kat Pengkalan Balak tu, Qoid la paling best order ais kosong tapi minumnya Fresh Oren.

Bersambung...................................


Tuesday, May 31, 2011

Termenung Lagi



Member dah balik dah, tinggal lagi sorang2 kat dalam unit ni. Apa nak buat lagi ya, layan lagu, edit gambar yang x menjadi, baca majalah. Lama dah dia orang balik, dah 5 hari dah. Kalau tak meriah sikit, meriah sebab nak kacau dia orang jek. Kerja pun seronok ramai jek.

Tapi yang bestnya kalau ada problem kat bawah tu, boleh la suruh dia orang pergi tengok-tengokkan apa yang x kena. Ni kalau dah keje sorang2 ni, terpaksa la turun sendiri kat tender.



Ada 3 hari lagi sebelum nak balik ni, hari ni dah hari selasa, hari Jumaat sudah mau balik. Dah la sekarang ni kerja 2 hari, hehehehe...sebab shift malam jadi dapat la Selasa dengan Rabu, jadi la kerja 2 hari.

Unit yang kosong.



Friday, May 6, 2011

Memburu Pemburu


Pergghhhhh....tajuk gila ganas kali ni.

Tapi apa citer tuk entry ni pun x tau
sgt, hehehehe, saja buat tajuk macam gempak sikit mana la tau ada mana2 producer nak buat tajuk macam ni. Cam hampeh.

Ni semua gambar2 photog yang telah aku snap masa kenduri kawen sedara sebelah orang rumah kat mersing, rasanya tahun lepas kot. Punya lah lama gambar ni, dah boleh buat arkib dah kot. Harap2 mereka2 yang ada dalam gambar ni x marah kat aku dah la. Sorry semua ya.

Ni la antara photog2 manis yang berada di majlis tersebut, first time aku terserempak ramai sangat yang amik gambar guna DSLR dalam satu majlis kawen biasa, bukan org2 kenamaan. Semakin kaya tokey kamera DSLR ni, terutamanya si Pak Nikon dan Makcik Canon...hehehehe.

Si manis yang kedua, sebenarnya ada lagi 2-3 org tapi x amik pun gambar dia orang tu.

Sekarang nih, photog2 wanita kita semakin mengancam dah, gambar pun dah makin hebat2, awas para photog2 lelaki semua aaaa...

Ini lah gambar si pengantin perempuan tersebut, ada la bau2 tempoyak jek dengan orang rumah aku, suaminya orang kelantan. Semoga pengantin kita sentiasa di rahmati ALLAH dan jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat.



Kalimah Cinta


Kalimah Cinta

Artist: Amy
Simpan diri ku terseksa
Nak ku luahkan tak ku gentar
Kekurangan ku terbongkar

Sisi mu umpama syurga
Peluang emas ku jamah
Bahagia yang ku cari
Awal dulu

Aku
Insan yang terdampar
Yang tinggal menagih cinta

Terang dan terlindung
Dimana tempat nak ku singgah
Mengesan mu pasangan ditakdirkan

Ku
Rempuh azab sengsara
Tak kisah asal bersua
Kau kasih penyeri jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Kau kasih isyarat jiwa
Ku meniti jalan yang lurus
Kau kasih isyarat jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Mengenal erti cinta
Mengenal cinta tulus

Wednesday, March 16, 2011

Mengungkit.

Aku memang pantang betul la kalau mengungkit ni, nampak sangat x ikhlasnya.

Tau la dah buat silap, ni kita punya silap macam dah bunuh orang satu dunia. Asyik2 salah kita jek yang diperkatakan.