Alhamdulillah setelah dua tahun menyimpan, dari tahun 2011 dan 2012, bagi peluang kepada rakan-rakan lain untuk menyambut hari raya bersama keluarga, akhirnya tahun ini 2013/1434H aku dapat juga beraya bersama keluarga tercinta walaupun pada awalnya aku sepatutnya balik hari Isnin, 5hb Ogos tu, tapi sebab dah completion dan nak partly rig down, kena la overstayed sampai hari rabu 7 hb Ogos pulak.
Mula-mula rasa cuak juga la sebab last day dah tu, silap2 hari bulan x dapat balik raya pulak, tapi boss kat field dah bagi confirmation yang aku macam mana pun tetap akan balik juga hari rabu tu. Jadi sekurang-kurangnya ada confident la sikit walaupun tak la 100% confident juga. Mana la tau kalau last minute hati dia berubah, x ke nanya dah la hari khamis tu dah raya. Tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan seperti yang dirancang, jadi dapat la juga balik hari rabu tu.
Tapi bila dah balik hujung-hujung ni, macam-macam plan yang telah dirancang sebelum ni hancur belaka, kena ubah segala plan tu, dah la semua pack jek masa raya tu. Macam-macam benda nak buat.
Macam mana pun dapat juga menyambut raya 1 Syawal dengan anak bini kat rumah, seronok sangat, yg seronoknya tengok anak-anak dan juga orang rumah la, sbb dah dua tahun beraya x ada ayah dengan suami, dah raya ke-4 baru balik. Lepas tu kali ni kena pulak rig move jadi raya lama la dengan family, sampai 28hb Ogos baru kena naik rig balik.
Tapi yang kurang bestnya raya kali ni, seminggu pertama x boleh nak pergi mana-mana sebab tunggu sesuatu dari KLCC. Akhirnya hari jumaat 15hb tu ada panggilan dari KLCC, Menara Tun Perak sebenarnya, supaya datang ke Menara Tun Perak sebab ada pertemuan sulit dengan bebarapa sekutu...hahahahaha, cam best jek ada allied ni. Entah ya entah tidak dah allied dengan aku tu. Apa2 pun hentam jek la. Tak lama pun pertemuan tu ada la dalam 45 minit kot, tapi Alhamdulillah ada la sesuatu yang memberansangkan.
Alhamdulillah raya 1434H akan membawa seribu kenangan dan limpahan rahmat yang tak terhingga dariNYA mudah-mudahan, supaya aku menjadi orang yang lebih beriman dan tidak khufur dengan nikmatnya.
1 comment:
^^
Post a Comment