Tanggal 4 Julai baru nih kami sekeluarga pergi ke Langkawi untuk kali keduanya. Masuk kali nih along dah dua kali gi Langkawi sekali dengan sayang dan tambah lagi satu ahli keluarga angah Qoid... Trip kali nih juga bawa sekali mak dan pak mertua, saja nak bagi mereka rasa naik Kapalterbang, seronok kot dia orang dapat merasa naik, tengok dia orang seronok kita pun rasa seronok juga. Next time bawa umi dengan abuya lak naik kapal terbang, tapi x tau la gi mn, mungkin bawak gi Umrah kot....insyaALLAH, mudah2an ada rezeki untuk ke sana.
Blog suka-suki nak tulis apa-apa. Cuma banyak letak photo yang aku ambil, tapi x seberapa. Awal-awalnya nak cerita pasal kamera lepas tu dah macam-macam cerita keluar.
Sunday, July 19, 2009
Langkawi
Tanggal 4 Julai baru nih kami sekeluarga pergi ke Langkawi untuk kali keduanya. Masuk kali nih along dah dua kali gi Langkawi sekali dengan sayang dan tambah lagi satu ahli keluarga angah Qoid... Trip kali nih juga bawa sekali mak dan pak mertua, saja nak bagi mereka rasa naik Kapalterbang, seronok kot dia orang dapat merasa naik, tengok dia orang seronok kita pun rasa seronok juga. Next time bawa umi dengan abuya lak naik kapal terbang, tapi x tau la gi mn, mungkin bawak gi Umrah kot....insyaALLAH, mudah2an ada rezeki untuk ke sana.
Saturday, June 27, 2009
Mentari Pagi
Monday, June 15, 2009
Rays of Light, apa terjemahannya ya?
Sunday, June 14, 2009
Lama Dah
Friday, March 13, 2009
MENGAWAL PERASAAN
Ketika seseorang itu memperolehi kebahagian dan ketika dirinya juga tertimpa musibah maka di dalam dirinya akan bergejolak dua perasaan. Dua perkara itu adalah emosi dan perasaan. Dalam hal ini Rasulullah menasihati umatnya dengan bersabda:
“Aku melarang keras dua suara yang bodoh dan semberono, dia melantunkan laungan keras ketika memperolehi kenikmatan dan bersuara keras ketika tertimpa musibah”.
ALLAH berfirman dalam surah Al-Hadid ayat 23 yang bermaksud, “(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri”
Nabi juga bersabda: “Sesungguhnya kesabaran itu ketika goncangan yang kali pertama”.
Sesiapa yang dapat mengawal perasaannya ketika musibah yang menakutkan datang kepadanya juga kenikmatan yang menghanyutkan, maka dirinya berhak mendapat ketenangan hati, kedudukan yang tinggi, mencapai kebahagiaan sehingga dapat menikmati semua itu.
ALLAH s.w.t telah menggambarkan keadaan manusia yang sombong itu dengan sifat sedih yang apabila dirinya ditimpa musibah. Namun, jika dia mendapat kenikmatan dia akan terlena dan bergembira berlebihan. Demikian itu adalah sifat manusia, kecuali mereka yang beriman dan tidak meninggalkan solat. Mereka itu adalah orang-orang yang tidak berlebihan samada ketika senang mahupun susah. Ketika mendapati kenikmatan mereka selalu bersyukur dan ketika mendapat musibah mereka sabar.
Sesungguhnya perasaan yang bergejolak dan berkobar-kobar ketika berdepan dengan sesuatu itu, maka ianya akan melemahkan, menyakitkan dan melunakkan orang tersebut. Ketika dia dalam keadaan marah, emosinya naik, jiwanya berkobar, tubuhnya gementar, perasaannya diliputi oleh kemarahan yang tidak terkawal sehingga dirinya terlena dan melampaui batas-batas kewajaran dengan berbuat perbuatan yang aniaya. Jika dirinya mendapati kenikmatan dan kesenangan, dia juga lupa dia akan gembira sehingga melakukan kecuaian. Di dalam kebahagiannya, dia lupa akan dirinya sehingga menganiaya dirinya sendiri. Apabila dia mengusir seseorang, dia akan mencelanya, melupakan segala kebaikan orang itu dan menghapus keutamaanya. Jika dia cinta seseorang, dia akan berlebih-lebihan dalam memberikan penghormatan kepada orang itu dan menempatkannya sebagai orang sempurna. Hal yang demikian ini sesuai dengan ungkapan hadith.
“Cintailah kekasihmu sekadarnya saja dan jangan berlebih-lebihan. Mungkin boleh jadi satuhari dia akan menjadi orang yang paling kamu benci. Dan bencilah kepada seseorang sekadarnya saja dan jangan berlebihan, kerana boleh jadi satu hari dia akan menjadi kekasihmu yang setia”
Didalam hadith lain dinyatakan: “Ya ALLAH, aku mohon kepadamu sikap yang lurus dan seimbang ketika dalam keadaan marah dan reda.”
Sesiapa yang dapat mengawal perasaannya membimbing emosinya, dapat menimbang sesuatu dan menjadikannya sesuai kemampuannya, maka dirinya telah mendapat kebenaran dan petunjuk.
ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Al-Hadith ayat 25 yang bermaksud, “ (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri”
Sesungguhnya kedatangan Islam diikuti dengan tingkah laku yang baik dan moral yang mulia. Ini dapat dilihat dalam risalah Islam itu sendiri yang tegak dengan system-sistem kerjasama, saling reda dan agama yang suci.
ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud, “ Dan demikian (pula) Kami telah jadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan”
Sifat adil adalah merupakan perkara asas yang perlu diperhatikan sepertimana penegakan hokum dalam pengadilan secara adil. Islam itu sendiri ditegakkan menerusi keadilan dan kebenaran. Kebanaran dalam berita yang disampaikan dan keadilan dalam hukum, ucapan perbuatan dan akhlak.
ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Al-An’am ayat 115 yang bermaksud, “ Telah sempurna kalimat Tuhanmu (Al Qur’an), sebagai kalimat yang benar dan adil ”
Sunday, January 25, 2009
BAHAGIAKANLAH KEHIDUPAN RUMAHTANGGA ANDA
Keteransingan diri yang digalakkan oleh hukum syariat Islam adalah menghindarkan diri anda daripada segala bentuk kejahatan dan pelakuanya. Juga menjauhi orang yang tidak ada pekerjaan, orang yang selalu melakukan yang tidak ada manfaatnya dan orang yang tidak berdisiplin dalam kehidupannya. Maka seluruh kekuatan anda akan menyatu dan jiwa anda akan mendapat ketenagan. Disamping itu, nurani anda akan tenteram dan akal fikiran anda akan banyak meluahkan mutiara-mutiara hikmah serta pandangan anda akan menikmati kebun pengatahuan yang sangat indah.
Bahawa mengasingan diri daripada segala bentuk kejahatan, ketersia-sian dan kebodohan merupakan pencangkokan yang baik terhadap akal pemikiran, pelaksanaan terhadap rasa takut kepada ALLAH dan sebuah perayaan akan kelahiran rujuk dan selalu mengingat kepada ALLAH. Perkumpulan yang terpuji dan perhimpunan yang digalakkan adalah ketika ingin mengerjakan solat jemaah, majlis pengetahuan dan saling menolong dalam melakukan kebajikan. Adapun majlis pengangguran dan pemborosan waktu maka hindarilah dan jauhilah sedapat mungkin. Larilah lidahmu daripada ungkapan-ungkapan yang kotor. Bahagikanlah rumahtangga anda.
Sebuah perkumpulan yang tidak ada manfaatnya merupakan perang keganasan terhadap diri sendiri dan ancaman yang sangat bahaya terhadap keamanan dunia dan ketenteraman jiwa anda. Sebab anda sedang bergaul dengan kemuncak gossip, pahlawan pengangguran, guru fitnah dan malapetaka dan bala bencana. Sehinggat anda meninggal dunia tujuh kali dalam satu hari, sebelum kedatangan kematian yang sebenarnya.
ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Al-Taubah ayat 47 yang bermaksud;
“Jika mereka berangkat bersama-sama kamu, niscaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerosakan belaka”
La Tahzan
Dr. Aidh Al-Qarni
Sunday, January 18, 2009
Sesuatu ingin dikongsi
BERFIKIRLAH DAN BERSYUKURLAH
Maksudnya adalah bahawa anda selalu ingat terhadap anugerah ALLAH yang telah melimpah kepada dirimu. Jika anda mengingatinya dan merenunginya, maka seluruh dirimu telah tenggelam dalam anugerah-anugerah Ilahi, mulai dari dari sebelah atas sehingga dibawah telapak kaki anda.
ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Ibrahim ayat 34 yang maksudnya, “ Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH, tidaklah dapat kamu menghinggakannya”
Sebab disana terdapat anugerah-anugerah kesihatan pada badan anda, keamanan dalam tanah air, makanan, pakaian, udara dan air. Anda memiliki dunia, akan tetapi anda tidak mengetahuinya.
ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Luqman ayat 20 yang maksudnya, “ Dan dia telah menyempurnakan untukmu nikmatNYA zahir dan batin”
Sebab anda mempunyai dua mata penglihatan, lidah, dua bibir, dua tangan, dua pasang kaki. ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Al-Rahman ayat 77 yang maksudnya, “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”
Apakah ini merupakan permasalahan yang mudah bahawa anda berjalan diatas kedua pasang kaki anda, sementara di
Fikirkanlah mengenai pendengaranmu, semantara anda telah disembuhkan daripada penyakit tuli. Perhatikanlah tentang pandanganmu, sementara anda telah diselamatkan daripada buta. Lihatlah kulitmu, sementara anda telah diselamatkan daripada penyakit kusta dan penyakit kulit. Lihatlah akal anda, semantara anda merasakan keberadaannya dan anda tidak mengalami sakit gila dan dungu.
Apakah anda menginginkan penglihatanmu seperti emas yang besarnya bagaikan Gunung Uhud? Apakah anda ingin menjual pendengaranmu setimbang dengan gunung perak? Apakah anda ingin menjual kedua pasang tangan kamu dengan seuntai permata dan yaqut dan kemudian menjadi kudung? Sebenarnya anda bergelimang dalam pelbagai kenikmatan yang luar biasa dan anugerah yang besar. Akan tetapi anda tidak mengetahuinya. Sebab anda sekarang menjalani hidup penuh dengan kesedihan, kepiluan, duka cita dan kebingungan. Sementara disisimu masih terdapat roti hangat, air minuman sejuk, masih boleh tidur nyenyak dan kesejahteraan yang melimpah ruah. Anda selalu memikir pada sesuatu yang telah hilang dan anda tidak pernah mensyukuri apa yang telah ada. Anda selalu terkejut dengan kerugian harta yang dialami, sementara di sisimu terdapat segala kunci kebahagiaan dan pelbagai tumpukan kebajikan, bakat, anugerah dan segala-galanya. Fikirkanlah dan bersyukurlah.
ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Al-Dzariyyat ayat 21 yang bermaksud, “Dan(juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan”
Fikirkanlan pada dirimu, keluargamu, rumahmu, pekerjaanmu, kesejahteraanmu, rakan-rakanmu dan dunia sekitarmu.
ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Al-Nahl ayat 83 yang bermaksud, “Mereka mengetahui nikmat ALLAH, kemudian mereka mengingkarinya”
Credit to La Tahzan dan Pustaka Ilmi.