Semenjak datang asyik memerhatikan mentari pagi jek la, cuba untuk mendapatkan set2 mentari pagi yang menarik.
Tapi sebenarnya bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu yang amat menarik untuk di abadikan dalam photo ni. Banyak mende yang kena perhatikan. Sudah la pulak dengan lense yang membatasi segala2nya. Bayangkan la nak ambil photo landscape guna 50mm, mana ada orang buat pun, tapi sebab dah nak sangat ambil gambar terbitnya mentari pagi, di usahakan juga la walaupun guna 50mm. Nak guna 70-210 Tammy tu besar gedabak sgt lak. Pelbagai benda harus diambil kira.
1. Dengan membawa kamera nih ke tempat2 tertentu secara senyap2, terpaksa la buat macam nih. Nanti big boss nampak lak, malas nak bersoal jawab jek.
2. Terpaksa menunggu masa yang sesuai untuk snap, dan biasanya kebanyakan terlepas kerana membuat benda lain yang lebih penting dengan tugas disini.
3. Terpaksa curi2 tuk ambil gambar, jadi tak relax la pulak.
Gambar nih ambil pada 16 June, tak pasti apa yang nak di tampilkan
disini, cuma nak ambil mentari pagi yang terbit tu je. Awan tu memang tak menarik langsung pun rasanya.
Ni Gambar pada 17 June pulak, yang minatnya kat gambar ni adalah awan yang membentuk formasi tu. Dapat juga ambil awan tuh dengan jelas. Yang ini kira puas hati la juga. Cuma x puas hati sebab minimum exposure cuma boleh pergi sampai 16 jek, tak boleh kecikkan lagi sampai 32. Kalau 32 mungkin lebih menarik. Tapi tripod pulak x ada.
Yang ini pulak gambar pada 18 June, sebenarnya mencuba untuk mendapatkan alur cahaya dari matahari yang melalui celah2 awan tu, tapi gagal.
Ini yang terakhir pada 22 June.Tak ada yang menarik pun, cuma disebabkan oleh langit yang kurang awan, cuma ada beberapa kelompok sahaja. Lebih untuk mengambil photo langit ketika terbitnya matahari.
1 comment:
ambik pic mentari pagi jelah... cantik ..
Post a Comment