Sunday, June 14, 2009

Lama Dah





Ceh, check2 rupa-rupa last entry tuk blog nih bulan March, punya la lama dah tak meletakkan apa-apa cerita kat dalam nih.

Nak tulis pasal sedikit sebanyak tentang topik dalam La Tahzan pun buku tu tak bawak dah kali nih. Kali nih cuma bawak buku novel dengan satu buku lain. Novel citer Mikhail yang di tulis oleh Ramlee Awang Murshid dengan buku Fiqhul Manhaji Al-Shafie Jilid ii.


Entry kali nih bukan nak mengulas mana-mana buku pun, bukan reti pun nak bagi ulasan. Banyak masa dok menghantar gambar kat dalam Flickr jek... Nak memenuhkan lagi gambar kat dalam tu, lagi pun nih lah kali pertama bawak kamera ke tempat kerja sebab ingat x lama dalam 2 minggu jek habis dah semua operation, last-last nah kau, full solid 4 minggu kena lak kali nih. Tapi rasanya ok la tuh, 4 minggu sbb dah rancang nak ke Langkawi 4hb Julai nih nanti. Jadi kemungkinan nak kena kacau tuh kurang la sikit, mungkin x ada kot, InsyaALLAH.

Banyak la pulak dok melalut ni... hehehehehehe

Sekarang nih tengah dok buat completion nak buat testing, nak flow hydrocarbon dari well. Nih la dia well pertama yg ada harapan nak buat testing selepas 2 well yang sebelum nih Petrofac x dapat apa2 pun. Yang pertama dry well, yang kedua pun sama jek. Dari real time Gamma Ray nampak sand cantek, bila buat MDT amik sampel yang kuar air jek.

Kali nih nampaknya mereka berjaya la kot.

Dah tiba masa yang amat membosankan, duduk sorang2 kat dalam unit nih, x ada sapa2 nak sembang dah. Lagi dua minggu yang macam ni.

Apa lagi buat amik sikit2 gambar pastu main2 sikit dengan gamabr tuh, ini la hasilnya.


No comments: