Thursday, November 27, 2008

PSe 7


Photoshop Elements 7.0


Screen capture untuk PSe 7, satu software yang best dan lebih mudah untuk digunakan dan yang penting boleh gantikan CS2 aku yang tak boleh buka RAW file bagi kamera yang aku guna sekarang nih, try gak cari update dia tapi tak dapat2. Agaknya aku yang masih tak tau kat mana nak cari update untuk RAW tu, kalau tengok CS3 ada dah dia punya update untuk RAW file tu. 

Oleh kerana tak guna CS3 dapat guna PSe 7 ni pun dah cukup bagus bagi gologan novis seperti aku ni. Setelah setahun menunggu akhirnya PSe 7 ni akhirnya bertapak juga kat dalam komputer ni. Awal2nya takut juga nanti buatkan komputer nih lembab, tapi pikir-pikir letak jek la.

Satu yang aku suka dia ada preset untuk buat gambar Infra red terus....jadi lebih mempermudahkan untuk mengekplorasi mengedit gambar menjadi gambar infra red, tengah bersemangat nak buat infra red gambar tanpa guna filter ataupun buat operation penuh kat kamera, tak sanggup lagi rasanya nak bedah maut-maut kat kamera. 

Dalam opsyen hitam putih tu ada pilihan yang kita mau, ada infra red ada newspaper ada scenic landscape ada urban/snapshoot dan ada vivid landscape. Jadi sebab dah ada pilihan untuk infra red, ada sikit mudah la walaupun hasilnya tak seberapa kerana perlukan lagi beberapa pengubahsuaian pada layer layer tertentu.

Tak ada la gambar yang sudah di infra redkan kerana rasa-rasanya belum lagi ada gambar yang betul-betul boleh dikatakan infra red dari hasil kerja tangan ini, masih lagi sedang berlatih untuk mendapatkan hasil2 yang dirasakan benar2 boleh dikatakan sebagai infra red. Sekarang ni, kalau tengok gambar yang diedit pun rasanya kepada hitam dan putih jek...

Dan akhir sekali aku suka dekat dia punya preset tuk buat photobook selain dari tool dia yang lebih menarik dari fungsi-fungsi yang terdapat kat CS2 aku yang lama tu.

2 comments:

lsengkeong said...
This comment has been removed by the author.
lsengkeong said...

wa... You banyak happy dapat buat gambar yang cantik cantik ya..

Tolong ajarkan saya macam mana nak mencantikkan diri saya dalam picture..