Friday, May 6, 2011

Kalimah Cinta


Kalimah Cinta

Artist: Amy
Simpan diri ku terseksa
Nak ku luahkan tak ku gentar
Kekurangan ku terbongkar

Sisi mu umpama syurga
Peluang emas ku jamah
Bahagia yang ku cari
Awal dulu

Aku
Insan yang terdampar
Yang tinggal menagih cinta

Terang dan terlindung
Dimana tempat nak ku singgah
Mengesan mu pasangan ditakdirkan

Ku
Rempuh azab sengsara
Tak kisah asal bersua
Kau kasih penyeri jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Kau kasih isyarat jiwa
Ku meniti jalan yang lurus
Kau kasih isyarat jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Mengenal erti cinta
Mengenal cinta tulus

Wednesday, March 16, 2011

Mengungkit.

Aku memang pantang betul la kalau mengungkit ni, nampak sangat x ikhlasnya.

Tau la dah buat silap, ni kita punya silap macam dah bunuh orang satu dunia. Asyik2 salah kita jek yang diperkatakan.

Friday, October 8, 2010

Butterflies in The Stomach

Butterflies in The Stomach


Butterflies in the stomach is where someone usually gets nervous. They dont feel well, and it is a little like being hungry or having indigestion. It originally originated in England as a idiom or a simile to represent the feeling that it gives. The feeling of having something fluttering inside the stomach, and gently churning ones feelings.

That what I feel today, the whole day.

Tuesday, October 5, 2010

Black and White


Hitam dan Putih.

Masih lagi dalam proses pembelajaran untuk mengedit gambar menjadikannya hitam dan putih. Seronok sebenarnya tengok orang punya gamabr hitam putih tapi bila sendiri buat entah la cam hancus jek.

Masih tercari-cari lagi trademark untuk diri sendiri punya, kadang2 guna preset yang telah disettingkan hanya elok untuk gambar2 tertentu sahaja, sedangkan banyak gambar lain x seperti yang dihajatkan. Last-last terpaksa edit sekeping2 nak tengok macam mana output satu-satu gambar tu.

Software yang diguna dah la macam-macam. Mula-mula edit dalam Lightroom pastu pergi pulak Photoshope Elements.

Adobe Photoshope Lightroom. Laptop ni x install lagi Lightroom 2, Lightroom 2 cuma guna kat desktop kat rumah sebab lebih laju.



Photoshope Elements 7. Untuk adjust levels lepas tu main dengan dodge and burn lagi dan tambah noise sikit.

Antara gambar-gambar yg dah di tukar ke hitam dan putih, tapi masih tercari-cari setting yang bersesuaian.




Sunday, October 3, 2010

Ahmad Qoid Afhamuddin





Special entry untuk anak yang ke-2 ni. Pusar di kepala lebih dari 1, orang kata degil. Bagi kami ianya perkara biasa bagi anak2 sebaya Qoid ni, umur dua tahun macam-macam yang nak di explore, dan dia bukannya tau apa2 pun. Nakalnya memang la lebih dari si along tu.

Tapi macam mana pun, si Qoid nih cukup bijak, cukup panjang akalnya dan mudah dapat dan ingat apa2 yang di observe.

Semoga Qoid jadi anak yang taat kepada ALLAH dan juga orang2 tua, termasuk juga tuk along dan adiknya si Iman.




Iman Nursurfina

Kembali (menggong ke?)

Kembali

Dah lama x update bolg nih rupanya, ingatkan baru setahun x ada apa2, sekali tengok betul2 last post July tahun lepas.. Hehehehehehe...dah lebih dari setahun tu, nak masuk setahun setengah dah, anak pun dah bertambah lagi sorang. Nasib baik ada wife punya blog yang boleh dibaca dan selalu di update.

Projek yang memula nak buat pun dah jadi hangat2 tahi ayam dah.... Dah sejuk dah, mana tah menghilangnya semangat yang membara di awal2 nak buat blog ni. Nanti nak minta orang rumah masukkan entry juga pasal makanan yang kita orang berdua buat.


2010 dan CarigaliHESS


2010 dan CarigaliHESS.

2010 tahun yang mencelarukan kerja selama ini, paling teruk dari 2004 masa ramai member berhenti dan 2008 masa kat Turkmenistan. Masa awal2 tahun semuanya berjalan dengan lancar je. sampai bulan 3, lepas bulan 3 terpaksa berulang alik antara 2 rig, memang amat celaru, jadual hidup, masa dengan famili semuanya jadi tunggang langgang.

Macam mana la dia orang punya pengurusan ni, orang2 besar sebelum nih senang la, jual kompeni dapat duit juta2, yang jadi mangsa orang bawah kuli batak ni. Dengan management baru yang tah apa2, tambah lagi kompeni baru yang lagi haru. Nama jek kompeni besar worldwide operation tapi department yang celah gigi ni tak pandang langsung. Janji manis dimulut sahaja. bak kata Karam Singh, menanam tebu dipinggir bibir.

Apa pulak dengan cerita si CarigaliHESS(C-Ass) ni pulak?....Hahahahahaha. ni satu lagi yang buat hidup makin celaru ni. Si budak Baker Liner leh lak panggil C-Ass, memang asshole punya company. Sorry la kepada member2 yang jaga JDA dengan Thailand sebab kita orang(service company) kat sini panggil kompeni ni sepagai siAss jek, sbb rasanya yang banyak songelnya cuma Ass ni je. Carigali kita orang tau mcm mn kerja, memang relax, tapi si Ass ni jek yang buat kerja makin susah. Dah la drill HTHP well (high temperature high pressure well), dgn high pressure dari org2 Ass lagi, dah jadi double high pressure. Lagi pressure dari kerja dengan pak arab benggong masa kat Turkmenistan dulu tu.

Tetiba teringat pulak Turkmenistan, betul la kata orang bila dah lepas baru terkenang2, walaupun terseksa tapi bila kenang2 balik seronok jek, enjoy. Gambar kat base camp si Dragon Oil.

Kalau nak cerita pasal si Ass ni memang tak daya nak menaipnya...hehehehe, apa2 pun aku nak balik lagi 1 minggu. Cement job pun boleh fail, 2000 kaki lebih masuk dalam 4.5" completion liner apa citer. Dah x boleh nak perforate main zone.

Apa2 pun nasib baik dapat beraya, walaupun raya ke-4 dah naik rig.