Sunday, October 3, 2010

2010 dan CarigaliHESS


2010 dan CarigaliHESS.

2010 tahun yang mencelarukan kerja selama ini, paling teruk dari 2004 masa ramai member berhenti dan 2008 masa kat Turkmenistan. Masa awal2 tahun semuanya berjalan dengan lancar je. sampai bulan 3, lepas bulan 3 terpaksa berulang alik antara 2 rig, memang amat celaru, jadual hidup, masa dengan famili semuanya jadi tunggang langgang.

Macam mana la dia orang punya pengurusan ni, orang2 besar sebelum nih senang la, jual kompeni dapat duit juta2, yang jadi mangsa orang bawah kuli batak ni. Dengan management baru yang tah apa2, tambah lagi kompeni baru yang lagi haru. Nama jek kompeni besar worldwide operation tapi department yang celah gigi ni tak pandang langsung. Janji manis dimulut sahaja. bak kata Karam Singh, menanam tebu dipinggir bibir.

Apa pulak dengan cerita si CarigaliHESS(C-Ass) ni pulak?....Hahahahahaha. ni satu lagi yang buat hidup makin celaru ni. Si budak Baker Liner leh lak panggil C-Ass, memang asshole punya company. Sorry la kepada member2 yang jaga JDA dengan Thailand sebab kita orang(service company) kat sini panggil kompeni ni sepagai siAss jek, sbb rasanya yang banyak songelnya cuma Ass ni je. Carigali kita orang tau mcm mn kerja, memang relax, tapi si Ass ni jek yang buat kerja makin susah. Dah la drill HTHP well (high temperature high pressure well), dgn high pressure dari org2 Ass lagi, dah jadi double high pressure. Lagi pressure dari kerja dengan pak arab benggong masa kat Turkmenistan dulu tu.

Tetiba teringat pulak Turkmenistan, betul la kata orang bila dah lepas baru terkenang2, walaupun terseksa tapi bila kenang2 balik seronok jek, enjoy. Gambar kat base camp si Dragon Oil.

Kalau nak cerita pasal si Ass ni memang tak daya nak menaipnya...hehehehe, apa2 pun aku nak balik lagi 1 minggu. Cement job pun boleh fail, 2000 kaki lebih masuk dalam 4.5" completion liner apa citer. Dah x boleh nak perforate main zone.

Apa2 pun nasib baik dapat beraya, walaupun raya ke-4 dah naik rig.


No comments: