Friday, September 30, 2011

Secerah Mentari Pagi

Pagi yang cerah hari ini di Teesix, SYA platform. Setelah dua hari mendung yang menimpa, diaharap cerahnya mentari ini berkekalan sehingga 7 hb Oct ni, hari untuk aku pulang ke rumah, bertemua keluarga.

Dua hari mendung berarak, nak kerja pun mood x berapa elok, mendung dengan karenah Public Bank lagi karenah boss lagi. Terus datang butterfly in the stomach, semalam rasanya yang paling banyaknya rama2, ada kot satu kampung dalam perut ni. Hari ni dah banyak dah mati dan pas kat member yg sebelah ni, hehehehe, nasib baik boleh pas2 ini rama2. Tapi masih ada lagi la seekor dua yang degil x mau keluar ni.

Harap dengan cerahnya mentari pagi ni, semua rama2 ni akan keluar dan boleh menjalani hari2 sebelum balik ni dengan lebih selesa.

Wednesday, September 28, 2011

Bokeh


Public Bank oh Public Bank

Menggong dan sakit hati hari ni, ingat pagi2 ni nak transfer duti ke Maybank dari akaun Public Bank, sebab 1 hb ada SI kat maybank. Semanjak tukar akaun gaji ke Public Bank ni, Maybank punya akaun x de la nak isi banyak2 cukup tuk selesaikan SI je la. Last2 button confirm tu tak boleh nak click pulak, macam disable. Tukar internet browser pun sama juga, tukar pc guna pc lain pun x boleh click. 

Last2 call Public Bank customer service, mana la tau ada problem dengan dia orang punya web ke apa. Perggghh, baik punya jawapan dari dia orang. Bermula minggu ini semua fund transfer even yang ke registered account pun kena guna PAC no, adoiiii la, haru memang haru. Dia kata management dah tukar so system pun ada tukar sikit. Terus jek aku bodohkan management baru dia tu, aku cakap la bukan semua orang berada di tempat yang sentiasa ada line handphone, macam aku ni dah la ada kat tengah laut, bergantung ke line internet dan talipon biasa, dah x boleh dah nak bayar apa2 walaupun credit card aku. Dengan perlahan dia pun cakap, sorry la dia pun tak tau. Aku cakap la sorry kat dia, aku bodohkan management dia tu jek, x fikir benda2 macam tu.

Last2 nasib baik ada wife yang menjadi harapan negara, tolong topup kan akaun Maybank, sebab SI tu 1hb setiap bulan... Terima Kasih Syg..

Macam ni kena minta kat opis masukkan gaji balik kat akaun Maybank, nak terminate terus akaun Public Bank tu. 

Tuesday, September 27, 2011

Laut, Mabuk dan Demam

Bulan September, Laut China Selatan sudah mula menampakkan geloranya. Angin dari arah Barat Daya dah mula menggoncang T6. Goyangnya dah terasa semakin kuat. Lain la masa di T10 yang besar tu, kalau setakat bulan September ni punya ombak dan angin masih x terasa sangat lagi. T6 ni lebih kecil, jauh lebih kecil dari T10, jadi goyangnya lebih terasa.

 Lihat lah suasana laut ketika ini, dengan angin yang agak kuat, kat gambar ni x dapat la nak tengok tiupan angin sekuat mana. Cuacanya pula dengan awan yg tebal dan tiada matahari yang menyinar, tapi hujan x ada la juga. Kadang-kadang sahaja adanya hujan, 3-4 hari lepas hujan malam. Sudah 2 hari ni tiada hujan turun. 

Denagn cuaca dan keadaan laut yang macam ni, ada la juga member-member yang x berapa biasa dengan tender mulai merasa bagaimana mendapat mabuk free. Tapi ini masih kurang lagi di bandingkan ketika sebelum hari raya baru2 ni. Ada juga member yang kata kali ini dia masih boleh bertahan lagi dari mabuk.



Apa-apa pun dengan ada kawan yang mabuk, ada juga kawan kita yang dapat demam. Tapi rasanya kawan kita ni dapat demam sebab dah lama x bertemu si isteri tercinta ni. Baru2 ni turun dari rig lain, balik rumah sehari dah kena datang sini, mana nak sempat bayar bill air, tu yang demam tu. Tak apa la, lagi 3 atau 4 hari dah boleh balik.

Monday, September 26, 2011

2 Sept 2011

Bukan nak promosi, hanya sekadar berkongsi, bukan ada dapat apa2 royalti. Kedai kat depan Petronas jalan Kuala Pilah Seremban, dekat dengan simpang Hospital Kuala Pilah. Makanan ok juga la, sedap dan boleh kalau nak pergi lagi, lebih sedap dari restoran Jemapoh yang aku biasa gi bila orang rumah jemput balik tu. 

Tapi ada satu jek problemya, lambat sikit makanan nak siap, x tau la klu masa tu orang tengah ramai, tapi memang masa tu boleh katakan hampir penuh la juga meja. Kesian kedai yang sebelah tu, x de pun orang masuk.

Monday, September 19, 2011

Tender T6, South China Sea

Tender T6 on location at Syuria A platform. Drilling 4 wells for Carigali-Hess, started first well on July 2011. Next location will be Syuria B platform. Planed rig move on early November. Don't think can make it, since it is monsoonal season for east cost Peninsula Malaysia. If it happen, would be extra off this time.