Tuesday, July 19, 2011

Rig Down 19, 20 & 21 July.

Kerja keras pun bermula sudah, nak packing barang2 dan sensor masuk dalam unit dan bergerak ke destinasi seterusnya Platform Suriya A pulak. Nak drill 3 well lagi katanya. Akhirnya ada juga kerja yang mengeluarkan peluh, kalau x setakat bende2 sensor tu x de apa la, sib baik lom puasa lagi...hehehehe.

 Multicore cable yang berselirat lagi kat sebelah unit.


Kat dalam unit yang dah siap sikit dengan barang2.

Saturday, July 16, 2011

Mentari...Matahari bukan Mata-Hari



Matahari, kisah si Mata-Hari. Mengikut Wikipedia, asalnya orang belanda(Margaretha Geertruida "Grietje" Zelle) dan berkahwin dengan Kapten tentera kolinial Belanda(Rudolf MacLeod) dan berhijrah ke Tanah Jawa selepas itu. Di sana beliau mendekati dan mendalami adat resam dan budaya tempatan dan menyertai pasukan tarian tradisional di sana dengan menggunakan nama Mata-Hari. Katanya beliau adalah seorang perisik double agent untuk Perancis dan German ketika perang dunia pertama, beliau telah di tangkap di Perancis pada 13 Januari 1917 dan dijatuhkan hukuman tembak sampai mati kerana di dakwa menjadi perisik kepada German. Bersalah atau tidak aku tak tahu, itu urusan mereka...hehehehe.
Itu kisah si Mata-Hari si penari exotic, menari dengan pakaian yang mengprovoke setiap lelaki. Tapi kat sini bukan nak cerita pasal dia pun, cuma sikit2 cuba bagi intro la pasal si popular Mata-Hari ni.

Matahari senja dari Bumi A platform, pada 29 May 2011.
Entry kali ni nak berkongsi tentang matahari sebenar. Betapa indahnya matahari ciptaan yang maha kuasa ALLAH. Walaupun ketika tengahari, ketika ia tegak di umbun2 kepala kita. Betapa banyak dari kita mengeluh betapa panasnya matahari ketika itu, berapa banyak dari kita yang mengeluh dan mencari sesuatu untuk menyejukkan badan. Terfikirkah kita pada mereka2 yang mengarapkan sinarnya matahari di setiap kehidupan mereka. Berapa banyakkah dari kita yang mampu tetap bersyukur betapa metahari masih tetap menyinar setiap hari.

Matahari Senja dari Bumi A platform, pada 17 Julai 2011.
Alangkah indahnya ciptaan ALLAH yang satu ini, ketika menghampiri penghujungnya hari, ketika siang mula berlabuh dan ketika malam mula menampakkan dirinya. Ketika inilah manusia mula menyedari betapa indahnya matahari, dengan cahaya yang begitu mempersonakan kita, Subhanallah, begitu besar dan indah sebenarnya ciptaanNYA ini, Bila berada di tengah laut ni, begitu seronok memerhatikan matahari waktu terbenam ni, indahnya ciptaan ALLAH.

Wednesday, July 13, 2011

Cerita Tentang Semut


Tiada apa yang hendak ditulis disini, hanya ingin berkongsi cerita2 tentang semut, cerita tentang semut di zaman nabi Sulaiman A.S.


Iman Seekor Semut


Pada zaman Nabi Allah Sulaiman AS, berlaku satu peristiwa apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut, " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?"

Semut pun menjawab, "Rezeki di tangan Allah, aku percaya rezeki di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku."

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya, " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan."

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan, "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong."

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, diangkatnya semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian diambilnya gandum sebiji, dibubuh ke dalam bekas dan ditutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman meninggalkan semut itu di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Setelah cukup satu bulan, Nabi Allah Sulaiman melihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut itu, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah sahaja."
Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa."



DOA SEMUT….

Syeikh Shaduq dalam kitab Man La Yahdhuruhul Faqih,meriwayatkan: “Pada zaman Nabi Sulaiman Alaihissalam, terjadi kekeringan sepangjang tahun. Umat memohon kepada beliau agar berdoa meminta hujan 
kepada Allah SWT.



Nabi Sulaiman Alaihissalam dan pengikutnya keluar dari kota. Pergi menuju tempat yang sesuai untuk sama-sama memohonkan hujan kepada Allah.
Di tengah perjalanan yang mereka lalui, pandangan Nabi Sulaiman Alaihissalam tertuju kepada seekor semut. 

Beliau menyaksikan semut itu mengangkat kedua tangannya ke langit berdoa, “Ya ALLAH, kami juga makhluk-Mu dan memerlukan rezeki-Mu, janganlah Engaku binasakan kami kerana dosa anak-anak dan cucu Adam.”

Nabi Sulaiman Alaihissalam menjeling ke arah para pengikutnya dan berkata, “Kembalilah, kamu pun tak lama akan memperoleh air.” Pada tahun itu, hujan turun lebih dari tahun-tahunnya.

Dari kisah ini,dapat berkongsi bahawa ,kita mesti yakin dengan doa kita dan berusaha terlebih dahulu. Jika dikaitkan dengan masa sekarang, berdoalah kepada ALLAH dengan penuh yakin bagi memperoleh kejayaan, kesihatan, kebahagiaan, keampunan dan ketenteraman..belajarlah ke arah kebaikan, tinggi darjatnya dan elok kiranya kita memperkuatkannya dengan amalan doa harian kita..  

Friday, July 8, 2011

Jaja dan Not

1, 2 dan 3 Julai 2011.




Majlis pernikahan dan kenduri perkahwinan pasangan Nurul Norzakiah(Jaja) dan pasangannya Mohd Norfadzly di Felda Keratong 2 dan Keratong 3.



Tahniah untuk Jaja(lebih dikenali dengan panggilan Mak Yang bagi anak2 buah dan juga keluarga), selasai sudah majlis walimatulurus dan semuanya berjalan dengan lancar, alhamdulillah. Tahniah juga untuk pak mertua(Mohd Nasir a.k.a Pak Long Atan) dengan pertambahan menantu lelaki yang ke-4. Kali ini pemecahan tradisi telah dilakukan oleh Mak Yang sebab sebelum ini, 4 orang menantu Pak Long semuanya orang banjar, habis sapu bersih sampai 4 orang, akhirnya yang kelima ini Pak Long dapat pula menantu asal orang kedah tapi dah berpindah ke Felda Kearatong 3. Tetapi yang pastinya semua menantunya adalah anak2 peneroka felda, 4 orang felda yang berdekatan cuma aku jek dari felda berlainan negeri, tak jauh mana pun cuma dari Negeri Sembilan itu pun dekat dengan Bahau, cuma 50 minit jek dari Keratong 2. Menantu-menantu yang lain dari Keratong 4, Keratong 5, Keratong 3 dan Selancar 2.



1 haribulan Julai, majlis pernikahan berlangsung di Masjid Keratong 2. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Tahniah untuk Mak Yang dan selamat datang kedalam keluarga Pak Long kepada Not.

2 haribulan Julai majlis kenduri kat rumah Keratong 2, meriah sungguh. Tapi tak berapa seronok sebab Hadfina tak ade, tak berapa seronok sangat rasanya. Pagi2 hantar dia ke Melaka, ada kelas, first kelas pulak tu, tak boleh la nak ponteng. Nasib baik anak2 ada juga yang tolong jagakan, sebab ada kerja amik gambar Mak Yang. Gi Melaka dengan Qoid yang menemani. Kesian Qoid, pergi dan balik tido kat belakang.

3 haribulan Julai majlis kat rumah sebelah pengantin lelaki, kali ni wife dah ada, tapi kurang la sikit seronoknya sebab bukan majlis kat rumah sendiri. Apa2 pun seronok la juga sebab ada wife sendiri. Perjalanan ke rumah lelaki, pengantin naik Vespa. Cool juga la.