Friday, December 5, 2008

Perkara pertama Dalam komposisi Photo

Hari ini dah 6hb Dec, masa yang ditunggu untuk balik pun sudah hampir tiba, tengok chopper name list, kena second chopper dalam pukul 1 petang ETA kat rig dari Kota Bharu. Ambil sikit masa sebelum tido nih nak update sedikit sebanyak blog nih. Topic nih dah disiapkan sebelum nih dan fikir-fikir masa nih boleh la untuk di letakkan dalam new Entry. 


















Cuba sedikit bercerita tentang perkara asas dalam menghasilkan asas komposisi. Rule Of Thirds(RO3), ini adalah perkara pertama yang akan diperhatikan oleh jurugambar dalam menhasilkan gambar yang akan diambil. Bagaimanapun ada ketikanya kita akan mengabaikan RO3 ini. Itu akan dibicarakan kemudian....macam orang dah pro pulak...prosak gambar.


Rules Of Thirds, undang2 ketiga……macam tak kena lak kalau tukar ke bahasa melayu kan

Diantara teknik yang amat bayak diberikan tunjuk ajar untuk mendapakkan komposisi gambar yang bagus adalah dengan menggunakan rule of thirds. 2 aspek kepada rule of thirds dan memahami bagaimana ia berfungsi adalah tidak susah langsung.

Gambar pemandangan asas mempunyai 3 elemen utama: 


  • 1 - Foreground (bahagian depan)
  • 2 - Middle-ground (bahagian tengah)
  • 3 - Background (latarbelakang)



Elemen2 ini mempunyai penerangannya dan walaupun kelihatan lebih tepat untuk gambar pemandangan tetapi ia boleh juga digunakan untuk photo lain seperti portrait atau abstrak. Dengan menitikberatkan 3 elemen ini dan bagaimana hendak mengatur, mengasingkan dan menambahkan akan memberikan kita asas untuk mengelakkan imej subjek ditengah dengan pemisahan 50/50 yang mana kelihatan seperti novice lakukan pada awal.

Oreantasi ditengah mungkin berlaku kerana central focusing sensor kamera dan kecenderungan kita untuk focus dan shoot. Saya percaya Nikon Shuffle mengunci focus keatas subjek dan mengkomposisi semula scenario. Jika kamera anda boleh mengasingkan auto focus dengan butang shutter release, maka lakuakan. Inin akan mebolehkan kita mengawal bila hendak AF atau tidak, shutter release akan menjadi butang exposure lock bila ditekan separuh. Anda akan focus pada sebarang subjek dan metering untuk yang lain, elemen hebat yang mana semakin banyak syarikat meniru Canon dalam hal ini.






Rule of Thirds yang kebanyakan jurukamera akan memikirkan viewfinder akan dibahagikan kepada 9 seksyen, seperti diatas. Titik persilangan 2 garisan yang membentuk bucu bagi segiempat tepat ditangah mewakili titik bagi komposisi dan ia adalah satu dari pada 4 titik bagi meletakkan subjek utama. Konsep ini adalah rule of thirds, ada sebahagian kompeni menghasilkan kamera dengan focus point automatic di seksyen grid terpenting seperti diatas, Contax 1N adalah contoh untuk kamera seperti ini.

Rule of Thirds adalah bagus dalam mengajar jurukamera baru tetapi ia tidak harus menjadi undang2 mandatori. Untuk itu, bila anda mengetahui dan mengenali rule of thirds, kita akan melihat dimana dan ia akan menjadi bahaya bila menjadi perkara rutin dan tidak asli, beranilah untuk bereksperimen untuk setiap komposisi setiap subjek yang boleh difokuskan yang mungkin tidak mengikut rule of thirds. Jadi, sementara rule of thirds cara yang cepat dan ada yang kata antara cara kotor untuk komposisi diterima, ia mungkin bukan cara terbaik untuk subjek2 tertentu kita.

Bagi jurukamera

 Richard Martin, beliau menasihatkan agar tidak terikat sepenuhnya kepada rule of thirds melaikan seseorang itu tidak boleh atau tidak pernah untuk cuba melepasi larangan2 ini.

Kita mungkin mendapati komposisi rule of third adalah bukan cara untuk mengambil gambar. Bagi Michael Yamashita (national Geographic photography) mengambil gamabr dalam beratus ratus keeping dalam cara untuk mendapatkan gambar yang betul-betul memberikan masej atau idea beliau. Bagi William Albert Allard pula mengandaikan kamera dan filem adalah sketch pad dan mencuba berbagai idea yang berbeza dan pelbagai cara merakam gamabr.

Masejnya adalah mud

ah, ambil komposisi rule of thirds tetapi janagn berhenti pada satu atau dua keeping gambar sahaja tetapi ambil seberapa banyak gamabr dan meliaht subjek adakah ia berpatutan atau tidak. Kamera digital akan menjadikan proses eksperimentasi lebih mudah.

Sekian la cerita untuk entry kali ini. Semoga ada sedikit yang boleh diambil oleh pembaca sekalian, kalau ada yang tak betul tu bagitau la, dan boleh diperbetulkan.


2 comments:

love is forever said...

wah makin aktif rr, nice n good work. keep on writing lor.

crockfina said...

Terima kasih Love