Monday, August 20, 2012

Syawal 1433 H

Syawal ke-2, sudah dua hari umat islam menyambut hari raya, menyambut kemenangan. Lagi 2 hari, insyaALLAH akan pulang bertemu keluarga sanak saudara, alhamdulillah. Hari raya pun masih panas lagi, walaupun ketupat dah habis, rendang tinggal tulang, tapi boleh masak semula.


Cerahnya suasana di petang Syawal ke dua, walaupun di waktu paginya hujan lebat bersama angin yang agak kencang, boleh nampak hujan turun hampir-hampir melintang. Alhamdulillah, membawa sampai kepetang cuaca sangat cantik dan cerah, jadi dapat la ambil beberapa gambar matahari terbenam pada Syawal yang ke dua ni.


Saturday, August 11, 2012

Sunset

Mentari yang terbenam di bulan puasa tahun ini. Tak banyak pun ambil gambar, ambil pun cuma guna kamera hanphone jek.




Blog melantun lantun

Bukan nak cerita pasal blog ni pun, cuma hri ni rasanya blogger.com(blog) memang tengah melantun lantun. Dah la ada error bila dia nak saving ke draft. Nak publish pun x boleh, tekan la 2-3 kali publish, senyap jek, ke aku dah lupa apa akan jadi, dah dekat setahun tinggal blog ni. Tapi bersih juga la tak ada pun sawang. Orang kata kalau tinggal blog lama-lama nanti bersawang, bawak la penyapu bagai nak sapu sawang tadi, last2 tengok elok jek...hehehe, bersih.

Ini la warning yang kluar tu. Last2 bila view blog ada sampai 5 entry yang sama... hehehehehe. Terpaksa cepat2 padam, bagi tinggal satu entry sahaja.


An error occurred while trying to save or publish your post. Please try again. Ignore warning




Oh Kerusi Ku, Oh My Chair, Oh My Kryetar Bah. 2

Sambungan Oh kerusi Ku sebelum ini, yang telah didedahkan pada tahun lepas 2011, macam ada kes la pulak siap ada dedah2 bagai. Bikin gempak saja ini orang.


Akhirnya dapat juga kerusi baru, sekarang ni sudah 5 bulan menggunakan kerusi baru ni, tahun 2012 baru guna 3 bulan jek. Tapi ada satu jek masalhnya, sponge dia dah nipis, masing2 buntut berat, duduk dekat2 12 jam satu shift, kerusi mahal pun kejap jek jadi nipis. Kena beli kerusi super mahal lagi lepas ni.

Tinggal beberapa hari lagi nak sambut hari raya puasa, hari ni dah 23 Ramadhan, lagi 6 hari puasa pastu hari Raya Puasa (1 Syawal).

Hari ni ingat nak transfer duit sket kat akaun Public Bank, sbb raya ke-4 nak balik dah, nanti x ada pulak duit nak guna. Ingat nak shopping sket nanti balik. Kad maybank ada kat orang rumah, untuk buat belanja rumah.

Dengan hati penuh semangat buka la Maybank2u untuk transfer duit, sekali tersilap masuk password la pulak. Macam mana tah, tengah mamau-mamau termasuk login kat password. Dah dia kata maximum attempt lah pulak, aku pun x tau masa bila yang lain2 attempt salah password tu. Haru la macam ni..


Dah x boleh buat apa2 dah, call service center, nak reset password, phone pulak kena ada line. Duduk tengah laut ni mana nak ada line. Boleh nak guna phone, tapi kena la pulak fax surat pengesahan yang ada nama kompeni, dah la hari ni hari ahad, opis pun tutup. Adoiii la, apa la nak buat ni, call orang opis pun dia orang x angkat, masuk voice mail la pulak. Harap kat akaun maybank lagi satu tu jek la nampaknya.

Saturday, November 12, 2011

Oh Kerusi Ku, Oh My Chair, Oh My Kryetar

Adoi laa..... Macam mana nak kerja dengan selesa macam ni, tengok la keadaan kerusi yang semakin uzur ni. Apa la yang dia orang akan rasa agaknya bila kerja duduk kat kerusi ni selama dekat-dekat 12 jam. Ini yang kerja 8 jam sehari pun nak kerusi sedap-sedap, kenapa yang kami kerja 12 jam ni cuma dapat kerusi macam ni? Kerja dah best, dalam bidang yang antara bayaran tertinggi juga la, kontrak biasanya makan jota2, tapi yang kerja kat field ni, macam ni jek la layanannya.

Sebelum ni, setahun yang lepas ada gak orang dari office berjanji nak tukar semua kerusi2 lama dengan yang baru, tapi biasa la janji melayu. Janji hanya tinggal janji.

 Dua bjij kerusi yang sudah sepatutnya di humban kelaut buat tukun tiruan, boleh juga jadikan tempat ikan membiak. Ada gak untung tuk nelayan.


Mudlogger hanya merenung jauh nasib kerusinya yang entah bila akan di ganti dan entah sampai bila beliau harus duduk dan menggunakannya.

Saturday, November 5, 2011

Member Yang Rajin

Sudah separuh perjalanan well SYA-20/19 Loc I ni, alhamdulillah dapat sahabat yang rajin untuk mengupdate FWR. Terima kasih la untuk Mr Huzai, yang kat dalam gamabr ni la. Tidak lupa juga dengan 2 orang lagi mud logger yang haru biru tu, Mr Meja dengan pelakun Sam.

Gambar ni jadi bukti bahawa kerajinan Mr Huzai buat kerja, tapi apa-apa pun semuanya boleh di persoalkan juga lagi...hehehehe, jangan marah ya Mr Huzai. Jangan serik kerja dengan aku.

Photo yang telah diedit menggunakan applikasi MoreLomo dengan Old Photo Pro. Ini la kerjanya bila orang lain sibuk-sibuk buat dan update report, aku cuma main Iphone Application jek la. 


Mr Huzai dengan menggunakan application Leme Cam, lens KIR Royal dan film Leme RH400.