Dunia si kecil. Ada kalanya seronok melayan gambar-gambar dunia si kecil ini kerana jarang dapat melihatnya melaikan kita betul-betul perhatikan gelagat mereka dengan teliti. Kadang-kadang kita boleh menjadi leka bila mengadap mereka lama-lama.
Apa ada dengan dunia kecil mereka? Apa dalam fikiran mereka melihat kita yang besar ini?
Apa yang pasti si-semut yang kecil itu akan sentiasa berzikir memuji keagungan penciptanya, seperti yang diceritakan oleh ustaz-ustaz masa dulu-dulu, tidak kita si manusia ini yang kadang-kadang terlupa dan alpa seketika dengan kesibukan dunia yang penuh tipu daya ini.
Apakan daya itulah kelemahan kita sebagai manusia, tapi kita juga dikurniakan kekuatan oleh ALLAH, iaitu otak(akal dan fikiran) untuk berfikir dengan waras supaya kita tidak melupakan dan terpesong dari tujuan hidup kita ini. Kalau ada otak tapi tak ada akal dan tak boleh berfikir pun sama jadinya macam lembu. Ada orang suka lagi makan otak lembu, terutamanya orang Negeri Sembilan buat Masal Lemak Cili Api pekat-pekat punya.
Selain itu kita juga dikurniakan Hati Ruhaniyyah inilah yang merasa, mengerti, dan mengetahui. Disebut pula Hati Latifah (yang halus) atau Hati Robbaniyyah. Di hati inilah tempatnya iman seseorang, boleh membezakan iman setiap individu tapi bukan kita sebagai manusia yang dapat menilainya, melaikan memang telah betul-betul hancur seseorang manusia itu.
6 Sebab Hati Jadi Mati
1. Sengaja berbuat dosa karena ingat masih ada harapan untuk bertaubat.
2. Mengajarkan ilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkanya.
3. Buat amalan tapi tidak ikhlas.
4. Makan rezeki daripada Allah tetapi tidak mahu mensyukurinya.
5. Tidak pernah puas dengan pemberian Allah.
6. Mengebumikan Jenazah tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari peristiwa itu.
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
1 comment:
senyum tak perlu kata apa2
Post a Comment