Saturday, October 27, 2012

Dunia Si-Kecil





 

Dunia si kecil. Ada kalanya seronok melayan gambar-gambar dunia si kecil ini kerana jarang dapat melihatnya melaikan kita betul-betul perhatikan gelagat mereka dengan teliti. Kadang-kadang kita boleh menjadi leka bila mengadap mereka lama-lama.

Apa ada dengan dunia kecil mereka? Apa dalam fikiran mereka melihat kita yang besar ini?

Apa yang pasti si-semut yang kecil itu akan sentiasa berzikir memuji keagungan penciptanya, seperti yang diceritakan oleh ustaz-ustaz masa dulu-dulu, tidak kita si manusia ini yang kadang-kadang terlupa dan alpa seketika dengan kesibukan dunia yang penuh tipu daya ini. 

Apakan daya itulah kelemahan kita sebagai manusia, tapi kita juga dikurniakan kekuatan oleh ALLAH, iaitu otak(akal dan fikiran) untuk berfikir dengan waras supaya kita tidak melupakan dan terpesong dari tujuan hidup kita ini. Kalau ada otak tapi tak ada akal dan tak boleh berfikir pun sama jadinya macam lembu. Ada orang suka lagi makan otak lembu, terutamanya orang Negeri Sembilan buat Masal Lemak Cili Api pekat-pekat punya.


Selain itu kita juga dikurniakan Hati Ruhaniyyah inilah yang merasa, mengerti, dan mengetahui. Disebut pula Hati Latifah (yang halus) atau Hati Robbaniyyah. Di hati inilah tempatnya iman seseorang, boleh membezakan iman setiap individu tapi bukan kita sebagai manusia yang dapat menilainya, melaikan memang telah betul-betul hancur seseorang manusia itu. 

6 Sebab Hati Jadi Mati

1. Sengaja berbuat dosa karena ingat masih ada harapan untuk bertaubat.
2. Mengajarkan ilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkanya.
3. Buat amalan tapi tidak ikhlas.
4. Makan rezeki daripada Allah tetapi tidak mahu mensyukurinya.
5. Tidak pernah puas dengan pemberian Allah.
6. Mengebumikan Jenazah tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari peristiwa itu.


Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.








Friday, October 26, 2012

Si kecil Merah


Si kecil berwarna merah dan diserikan dengan tompokan berwarna kuning menambahkan lagi serinya si bunga ini.

Apa la aku mengarutkan kat dalam ni pun x tau. Tak ada topik yang nak di ceritakan sangat sebenarnya, hanya mengikut arah ketikan hujung jari ini, tapi apa-apa pun tetap atas arahan si otak, untuk mencari huruf-huruf tertentu dan membentuk satu perkataan yang kemudiannya disusun rapi untuk membentuk ayat. Di mana ayat tersebut boleh menghasilkan perbagai tafsiran pula. 

Cuma seronok melihat keindahan ciptaan ILAHI ini, dengan kepelbagaian warna menghasil kan warna-warna yg lebih menarik. Begitu juga dengan kehidupan kita ini, pelbagai warna dan situasi yang kita hadapi untuk menjadikan hidup lebih menarik.

Apa-apa pun bersyukurlah dengan segala nikmat yg kita ada dan jangan lupa untuk mengingatkan kepada mereka yang terlupa, terutamanya kepada mereka yang berkuasa yang rakus.

Berkorban Terkorban

X ada sapa-sapa pun yang kena korban dan terkorban pun dalam entry ni, cuma saja nak letak tajuk tu. Jadi sebenarnya tiada kehilangan nyawa pun ya. Tajuk tu di buat atas dasar mengambil kira hari ini umat islam seluruhnya sedang menyambut Hari Raya Aidiladha atau juga di kenali sebagai Hari Raya Korban, sebab ramai orang akan berkorban. 



Tapi aku kat sini, jam yang telah berjasa selama 3 tahun lebih ni hampir-hampir telah terkorban, tapi belum lagi putus hayatnya, cuma tali dia dah hampir-hampir terkorban. Nasib baik ada staple kat sini, jadi buat sementara waktu ni terpaksa la di staple jek mana-mana yang dah nak putus tu. Macam gambar kat atas tu.



Macam mana pun nasib juga ada jam Tag pemberian dari Syg masa kat Langkawi yg sudah hampir-hampir 7 tahun masih cukup berjasa...

Saturday, October 20, 2012

Bukit Tinggi, Pahang.




 Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia. Berada sejauh satu jam lebih pemanduan dari Kuala Lumpur melalui lebuhraya Karak selepas hentian Genting Sepah. Terdapatnya papantanda keluar ke Bukit Tinggi yang amat mudah dilihat kira-kira 5 km selepas hentian Genting Sepah. Kedudukanya yang berada setinggi kira-kira 2500kaki dari aras laut membuatkan keadaannya yang agak dingin. 

Colmar Tropicale adalah resort yang telah diadaptasikan dari bangunan di perkampungan bahagian barat laut Peranchis ketika awal abad ke-16. Ia telah dibuka pada tahun 2009.






Pemandangan waktu matahari terbit dari puncak Bukit Tinggi. Oleh kerana hanya dapat satu pagi sahaja merakam gambar pagi dari puncak Bukit Tinggi hanya gambar seperti ini yang dapat diambil oleh juruphoto prosak ini.



Gambar yang diambil didalam perjalanan menuju ke Japanese Village. Terpaksa menapak naik, nasib baik x semput jek dan boleh juga sampai keatas dan kembali turun kebawah.

Thursday, October 18, 2012

Kisah si Labah-labah




Di dalam satu semak tinggal seekor labah-labah. Dia mempunyai sarang yang lebih besar daripada sarang labah-labah lain. Sarang itu adalah hasil dari buatan ayahnya. Kemudian ia menambah di sekeliling sarang itu.

Labah-labah itu berlari dengan pantas dari tengah ke tepi sarang. Ia menangkap mangsanya. Binatang yang ditangkap segera dimakan. Badannya semakin hari semakin besar. Perutnya buncit. Ia memang kuat makan. Perutnya sentiasa berasa lapar.

Pada suatu hari, datang dua ekor labah-labah. Satu dari arah kiri dan satu lagi dari arah kanan.
Kedua-dua labah-labah mahu menjemput labah-labah buncit makan kenduri. Kenduri itu diadakan pada waktu yang sama. Ia menjadi serba salah. Labah-labah buncit bertanya jiran-jirannya. Mereka juga mendapat jemputan. Jiran di kiri pergi ke jemputan arah kanan. Jiran di kanan pergi ke jemputan arah kiri. Labah-labah buncit mendapat akal. Ia meminta kerjasama jiran-jirannya.

Labah-labah buncit memberi tali kepada jiran-jirannya. Sesiapa yang makan dahulu tarik tali itu. Ia akan pergi ke sana dahulu. Tali itu diikatkan pada perutnya supaya tidak terlepas. Kedua-dua labah-labah itu pun pergi. Apabila jamuan dihidangkan, jiran kanan pun menarik tali dari arah kiri. Pada masa yang sama jiran kiri menarik dari arah kanan pula kerana jamuan juga dihidangkan. Labah-labah buncit tidak dapat mengikut ke kanan atau kekiri.

Ia tidak sempat membuka ikatan perutnya. Kedua-dua jiran labah-labah buncit terus menarik tali masing-masing. Perut labah-labah buncit semakin tercerut. Setelah tidak berjaya menarik tali tersebut, kedua-dua jirannya pun berhenti. Mereka terus menikmati hidangan. Selepas makan mereka pun pulang.

Mereka mendapati labah-labah buncit pengsan. Mereka cuba membuka tali yang tercerut di perut labah-labah buncit. Sayangnya mereka tidak dapat membuka ikatan itu. Beberapa hari kemudian labah-labah buncit sedar. Ia berjaya membuka ikatan di perutnya.

Sejak itu ia tidak hiraukan makan. Perutnya tidak berasa lapar seperti selalu. Pinggangnya pun ramping bekas kene cerut. Hingga sekarang pinggang labah-labah kecil dan genting.

Ketawa bersama, Menangis bersama




Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama 

Tiada apa yang menarik sekarang ni untuk di tulis dalam blog ni. Dah lama tinggal blog ni rupanya. Sekejap jek yang rajinnya untuk menulis blog. Kat atas tu, antara lirik lagu yang agak ramai menyukainya sekarang ni, lagu Teman Pengganti dari Black dengan Malique. Aku pun suka juga dengar lagu tu, liriknya pun ok juga, penuh pengertian. Seperti biasa, lagu2 dari Malique penuh pengertian.

Hari ni dapat berita seseorang dapat Gaut pulak, mudah-mudahan beliau tidak akan putus asa kerana dia pasti tau orang yang dia sayang dan orang menyayangi dirinya sentiasa dan akan tetap bersamanya menghadapi apa jua keadaan yang mendatang. Moga cinta mereka berdua semakin utuh dan tetap berkekalan sehingga keakhirnya, seperti bait-bait lirik lagu dia atas itu.