Hitam dan Putih.
Masih lagi dalam proses pembelajaran untuk mengedit gambar menjadikannya hitam dan putih. Seronok sebenarnya tengok orang punya gamabr hitam putih tapi bila sendiri buat entah la cam hancus jek.
Masih tercari-cari lagi trademark untuk diri sendiri punya, kadang2 guna preset yang telah disettingkan hanya elok untuk gambar2 tertentu sahaja, sedangkan banyak gambar lain x seperti yang dihajatkan. Last-last terpaksa edit sekeping2 nak tengok macam mana output satu-satu gambar tu.
Software yang diguna dah la macam-macam. Mula-mula edit dalam Lightroom pastu pergi pulak Photoshope Elements.
Adobe Photoshope Lightroom. Laptop ni x install lagi Lightroom 2, Lightroom 2 cuma guna kat desktop kat rumah sebab lebih laju.
Photoshope Elements 7. Untuk adjust levels lepas tu main dengan dodge and burn lagi dan tambah noise sikit.
Antara gambar-gambar yg dah di tukar ke hitam dan putih, tapi masih tercari-cari setting yang bersesuaian.