Sunday, January 25, 2009

BAHAGIAKANLAH KEHIDUPAN RUMAHTANGGA ANDA

 

Keteransingan diri yang digalakkan oleh hukum syariat Islam adalah menghindarkan diri anda daripada segala bentuk kejahatan dan pelakuanya. Juga menjauhi orang yang tidak ada pekerjaan, orang yang selalu melakukan yang tidak ada manfaatnya dan orang yang tidak berdisiplin dalam kehidupannya. Maka seluruh kekuatan anda akan menyatu dan jiwa anda akan mendapat ketenagan. Disamping itu, nurani anda akan tenteram dan akal fikiran anda akan banyak meluahkan mutiara-mutiara hikmah serta pandangan anda akan menikmati kebun pengatahuan yang sangat indah.

 

Bahawa mengasingan diri daripada segala bentuk kejahatan, ketersia-sian dan kebodohan merupakan pencangkokan yang baik terhadap akal pemikiran, pelaksanaan terhadap rasa takut kepada ALLAH dan sebuah perayaan akan kelahiran rujuk dan selalu mengingat kepada ALLAH. Perkumpulan yang terpuji dan perhimpunan yang digalakkan adalah ketika ingin mengerjakan solat jemaah, majlis pengetahuan dan saling menolong dalam melakukan kebajikan. Adapun majlis pengangguran dan pemborosan waktu maka hindarilah dan jauhilah sedapat mungkin. Larilah lidahmu daripada ungkapan-ungkapan yang kotor. Bahagikanlah rumahtangga anda.

 

Sebuah perkumpulan yang tidak ada manfaatnya merupakan perang keganasan terhadap diri sendiri dan ancaman yang sangat bahaya terhadap keamanan dunia dan ketenteraman jiwa anda. Sebab anda sedang bergaul dengan kemuncak gossip, pahlawan pengangguran, guru fitnah dan malapetaka dan bala bencana. Sehinggat anda meninggal dunia tujuh kali dalam satu hari, sebelum kedatangan kematian yang sebenarnya.

 

ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Al-Taubah ayat 47 yang bermaksud;

Jika mereka berangkat bersama-sama kamu, niscaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerosakan belaka

 

La Tahzan

Dr. Aidh Al-Qarni

Sunday, January 18, 2009

Sesuatu ingin dikongsi

Setalah agak lama menyepikan diri tanpa ada entry baru...... entah la nak kata sibuk pun ada juga la, cuma tak ada sangat idea apa yang di tuliskan disini.
Baru2 ni ada beli satu buku terjemahan dari tulisan Dr. Aidh Al-Qarni bertajuk La Tahzan(Jangan bersedih), ada la sedikit sebanyak yang hendak dikongsikan bersama dengan para pembaca, hanya mengambil beberapa tajuk yang agak pendek yang mampu untuk di tulis kembali. Lagi pun janganlah kita nak terbitkan semula buku yang telah diterbitkan oleh pihak lain. Hanya berkongsi sedikit. 

Jadi jika anda ada tertarik dengan apa yang tertulis ini, silalah dapatkan salinan yang tulin terbitan Pustaka Ilmi.


BERFIKIRLAH DAN BERSYUKURLAH

 

Maksudnya adalah bahawa anda selalu ingat terhadap anugerah ALLAH yang telah melimpah kepada dirimu. Jika anda mengingatinya dan merenunginya, maka seluruh dirimu telah tenggelam dalam anugerah-anugerah Ilahi, mulai dari dari sebelah atas sehingga dibawah telapak kaki anda. 

ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Ibrahim ayat 34 yang maksudnya, “ Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH, tidaklah dapat kamu menghinggakannya” 

Sebab disana terdapat anugerah-anugerah kesihatan pada badan anda, keamanan dalam tanah air, makanan, pakaian, udara dan air. Anda memiliki dunia, akan tetapi anda tidak mengetahuinya. 

ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Luqman ayat 20 yang maksudnya, “ Dan dia telah menyempurnakan untukmu nikmatNYA zahir dan batin” 

Sebab anda mempunyai dua mata penglihatan, lidah, dua bibir, dua tangan, dua pasang kaki. ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Al-Rahman ayat 77 yang maksudnya, “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan” 

Apakah ini merupakan permasalahan yang mudah bahawa anda berjalan diatas kedua pasang kaki anda, sementara di sana banyak kaki yang terputus dan cacat? Apakah ini permasalahan remeh bahawa anda berpegang terhadap kedua pasang lutut anda, sementara disana masih banyak lutut yang sudah tidak berfungsi lagi? Apakah itu sebuah kehinaan bahawa anda tidur dengan nyenyak, sementara disana terdapat rintihan kesakitan yang kerap mengganggu tidur ramai orang? Apakah sebuah kehinaan bahawa anda mengenyangkan perut anda dengan makanan yang lazat dan anda minum air sejuk dan sedap, sementara disana ada orang yang tidak menpunyai semangat makan dan minum kerana pelbagai hambatan penyakit. 

Fikirkanlah mengenai pendengaranmu, semantara anda telah disembuhkan daripada penyakit tuli. Perhatikanlah tentang pandanganmu, sementara anda telah diselamatkan daripada buta. Lihatlah kulitmu, sementara anda telah diselamatkan daripada penyakit kusta dan penyakit kulit. Lihatlah akal anda, semantara anda merasakan keberadaannya dan anda tidak mengalami sakit gila dan dungu. 

Apakah anda menginginkan penglihatanmu seperti emas yang besarnya bagaikan Gunung Uhud? Apakah anda ingin menjual pendengaranmu setimbang dengan gunung perak? Apakah anda ingin menjual kedua pasang tangan kamu dengan seuntai permata dan yaqut dan kemudian menjadi kudung? Sebenarnya anda bergelimang dalam pelbagai kenikmatan yang luar biasa dan anugerah yang besar. Akan tetapi anda tidak mengetahuinya. Sebab anda sekarang menjalani hidup penuh dengan kesedihan, kepiluan, duka cita dan kebingungan. Sementara disisimu masih terdapat roti hangat, air minuman sejuk, masih boleh tidur nyenyak dan kesejahteraan yang melimpah ruah. Anda selalu memikir pada sesuatu yang telah hilang dan anda tidak pernah mensyukuri apa yang telah ada. Anda selalu terkejut dengan kerugian harta yang dialami, sementara di sisimu terdapat segala kunci kebahagiaan dan pelbagai tumpukan kebajikan, bakat, anugerah dan segala-galanya. Fikirkanlah dan bersyukurlah. 

ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Al-Dzariyyat ayat 21 yang bermaksud, “Dan(juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan” 

Fikirkanlan pada dirimu, keluargamu, rumahmu, pekerjaanmu, kesejahteraanmu, rakan-rakanmu dan dunia sekitarmu. 

ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Al-Nahl ayat 83 yang bermaksud, “Mereka mengetahui nikmat ALLAH, kemudian mereka mengingkarinya


Credit to La Tahzan dan Pustaka Ilmi.