Thursday, October 18, 2012

Kisah si Labah-labah




Di dalam satu semak tinggal seekor labah-labah. Dia mempunyai sarang yang lebih besar daripada sarang labah-labah lain. Sarang itu adalah hasil dari buatan ayahnya. Kemudian ia menambah di sekeliling sarang itu.

Labah-labah itu berlari dengan pantas dari tengah ke tepi sarang. Ia menangkap mangsanya. Binatang yang ditangkap segera dimakan. Badannya semakin hari semakin besar. Perutnya buncit. Ia memang kuat makan. Perutnya sentiasa berasa lapar.

Pada suatu hari, datang dua ekor labah-labah. Satu dari arah kiri dan satu lagi dari arah kanan.
Kedua-dua labah-labah mahu menjemput labah-labah buncit makan kenduri. Kenduri itu diadakan pada waktu yang sama. Ia menjadi serba salah. Labah-labah buncit bertanya jiran-jirannya. Mereka juga mendapat jemputan. Jiran di kiri pergi ke jemputan arah kanan. Jiran di kanan pergi ke jemputan arah kiri. Labah-labah buncit mendapat akal. Ia meminta kerjasama jiran-jirannya.

Labah-labah buncit memberi tali kepada jiran-jirannya. Sesiapa yang makan dahulu tarik tali itu. Ia akan pergi ke sana dahulu. Tali itu diikatkan pada perutnya supaya tidak terlepas. Kedua-dua labah-labah itu pun pergi. Apabila jamuan dihidangkan, jiran kanan pun menarik tali dari arah kiri. Pada masa yang sama jiran kiri menarik dari arah kanan pula kerana jamuan juga dihidangkan. Labah-labah buncit tidak dapat mengikut ke kanan atau kekiri.

Ia tidak sempat membuka ikatan perutnya. Kedua-dua jiran labah-labah buncit terus menarik tali masing-masing. Perut labah-labah buncit semakin tercerut. Setelah tidak berjaya menarik tali tersebut, kedua-dua jirannya pun berhenti. Mereka terus menikmati hidangan. Selepas makan mereka pun pulang.

Mereka mendapati labah-labah buncit pengsan. Mereka cuba membuka tali yang tercerut di perut labah-labah buncit. Sayangnya mereka tidak dapat membuka ikatan itu. Beberapa hari kemudian labah-labah buncit sedar. Ia berjaya membuka ikatan di perutnya.

Sejak itu ia tidak hiraukan makan. Perutnya tidak berasa lapar seperti selalu. Pinggangnya pun ramping bekas kene cerut. Hingga sekarang pinggang labah-labah kecil dan genting.

1 comment:

love is forever said...

agak2 sapa yang kena jadi labah2 nih yer