Friday, March 13, 2009

MENGAWAL PERASAAN

 

Ketika seseorang itu memperolehi kebahagian dan ketika dirinya juga tertimpa musibah maka di dalam dirinya akan bergejolak dua perasaan. Dua perkara itu adalah emosi dan perasaan. Dalam hal ini Rasulullah menasihati umatnya dengan bersabda:

 

Aku melarang keras dua suara yang bodoh dan semberono, dia melantunkan laungan keras ketika memperolehi kenikmatan dan bersuara keras ketika tertimpa musibah”.

 

ALLAH berfirman dalam surah Al-Hadid ayat 23 yang bermaksud, “(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri

 

Nabi juga bersabda: “Sesungguhnya kesabaran itu ketika goncangan yang kali pertama”.

 

Sesiapa yang dapat mengawal perasaannya ketika musibah yang menakutkan datang kepadanya juga kenikmatan yang menghanyutkan, maka dirinya berhak mendapat ketenangan hati, kedudukan yang tinggi, mencapai kebahagiaan sehingga dapat menikmati semua itu.

 

ALLAH s.w.t telah menggambarkan keadaan manusia yang sombong itu dengan sifat sedih yang apabila dirinya ditimpa musibah. Namun, jika dia mendapat kenikmatan dia akan terlena dan bergembira berlebihan. Demikian itu adalah sifat manusia, kecuali mereka yang beriman dan tidak meninggalkan solat. Mereka itu adalah orang-orang yang tidak berlebihan samada ketika senang mahupun susah. Ketika mendapati kenikmatan mereka selalu bersyukur dan ketika mendapat musibah mereka sabar.

 

Sesungguhnya perasaan yang bergejolak dan berkobar-kobar ketika berdepan dengan sesuatu itu, maka ianya akan melemahkan, menyakitkan dan melunakkan orang tersebut. Ketika dia dalam keadaan marah, emosinya naik, jiwanya berkobar, tubuhnya gementar, perasaannya diliputi oleh kemarahan yang tidak terkawal sehingga dirinya terlena dan melampaui batas-batas kewajaran dengan berbuat perbuatan yang aniaya. Jika dirinya mendapati kenikmatan dan kesenangan, dia juga lupa dia akan gembira sehingga melakukan kecuaian. Di dalam kebahagiannya, dia lupa akan dirinya sehingga menganiaya dirinya sendiri. Apabila dia mengusir seseorang, dia akan mencelanya, melupakan segala kebaikan orang itu dan menghapus keutamaanya. Jika dia cinta seseorang, dia akan berlebih-lebihan dalam memberikan penghormatan kepada orang itu dan menempatkannya sebagai orang sempurna. Hal yang demikian ini sesuai dengan ungkapan hadith.

 

Cintailah kekasihmu sekadarnya saja dan jangan berlebih-lebihan. Mungkin boleh jadi satuhari dia akan menjadi orang yang paling kamu benci. Dan bencilah kepada seseorang sekadarnya saja dan jangan berlebihan, kerana boleh jadi satu hari dia akan menjadi kekasihmu yang setia

 

Didalam hadith lain dinyatakan: “Ya ALLAH, aku mohon kepadamu sikap yang lurus dan seimbang ketika dalam keadaan marah dan reda.

 

Sesiapa yang dapat mengawal perasaannya membimbing emosinya, dapat menimbang sesuatu dan menjadikannya sesuai kemampuannya, maka dirinya telah mendapat kebenaran dan petunjuk.

 

ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Al-Hadith ayat 25 yang bermaksud, “ (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri

 

Sesungguhnya kedatangan Islam diikuti dengan tingkah laku yang baik dan moral yang mulia. Ini dapat dilihat dalam risalah Islam itu sendiri yang tegak dengan system-sistem kerjasama, saling reda dan agama yang suci.

 

ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud, “ Dan demikian (pula) Kami telah jadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan

 

Sifat adil adalah merupakan perkara asas yang perlu diperhatikan sepertimana penegakan hokum dalam pengadilan secara adil. Islam itu sendiri ditegakkan menerusi keadilan dan kebenaran. Kebanaran dalam berita yang disampaikan dan keadilan dalam hukum, ucapan perbuatan dan akhlak.

 

ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Al-An’am ayat 115 yang bermaksud, “ Telah sempurna kalimat Tuhanmu (Al Qur’an), sebagai kalimat yang benar dan adil